Search This Blog

Kebencian Mariam Mokhtar dan Malaysia Chronicle Semakin Membara!!!

0 comments





Amat sedih untuk membaca penulis Pakatan Rakyat Mariam Mokhtar untuk menulis dengan niat yang tidak baik seperti dalam artikel. "But Taib does not practise 1Malaysia". Apakah salah atau dosa untuk Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk bernikah dengan seorang Syria, seorang arab, seorang cina, seorang india atau seorang kadazan?


Adakah Mariam Mokhtar melayu tulen? Atau melanau tulen, iban tulen atau kadazan tulen? Saya pasti Mariam Mokhtar seperti ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai sedikit darah campuran dalam dirinya. Adakah Mariam Mokhtar akan bantah kalau anak atau anak buahnya mahu bernikah dengan seorang thai, arab, jerman atau amerika?

Adakah Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com "anti-western"? Adakah sekarang Mariam Mokhtar akan putar balik (selama ini Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengecam segala budaya Melayu) dan menetang segala 'idea western'?Adakah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud 'too westernized' jika setengah tamu memakai baju 'western? Malangya ini juga satu lagi fitnah oleh Mariam Mokhtar dan malaysian-chronicle.com kerana beberapa tamu dalam Majlis Perkahwinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ADA memakai baju kebangsaan atau 'formal baju melayu'.

Kenapa Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengaitkan pernikahan peribadi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan idea 1Malaysia? Bukankah jodoh itu adalah pemilihan peribadi? Amat tidak baik untuk memfitnah seseorang tidak menyokong 1Malaysia semata-mata kerana memilih pengantin bangsa lain. Kalau mariam mokhtar dan malaysia-chronicle tidak menyokong konsep 1Malaysia dan memburuk-burukkan konsep itu suka hatilah tetapi jangan memfitnah orang lain. Sila hormati kebahagiaan seseorang dalam waktu perkahwinannya dan jangan racuni dengan tohmahan atau fitnah. Adakah Pehin Sri Abdul Taib pernah memfitnah atau mencaci perkahwinan Mariam Mokhtar atau anak-anaknya? Janganlah begitu. Bila sesiapa mengambil langkah murni untuk mencari kebahagiaan dengan bernikah sah, "please just wish them well and happiness".

p/s: si Mariam Mokhtar ni mengiktiraf ke 1Malaysia? cermin-cerminkan dirimu!!

Pemimpin Masyarakat Berperanan Bawa Pembangunan

4 comments

SEBUYAU, Khamis - Kerajaan mengiktiraf peranan serta menganggap pelantikan jawatan pemimpin masyarakat sama ada ketua kaum, tuai rumah, kaunselor, kapitan, penghulu dan pemanca sebagai sesuatu yang penting dalam usaha untuk memajukan sesebuah kawasan. 

Julaihi merakam gambar kenangan bersama 65 orang ketua kaum, ketua masyarakat, tuai rumah, kaunselor, kapitan dan penghulu di Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, semalam.
 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Haji Julaihi Haji Narawi berkata, malah individu dipilih sebagai pemimpin masyarakat itu secara tidak langsung juga meletakkan diri mereka dalam kalangan yang dipercayai akan dapat membawa kemajuan kepada penduduk yang diwakilinya. 
Beliau berkata, mereka (pemimpin masyarakat) tidak hanya berperanan sebagai 'jambatan penghubung' antara kerajaan dengan masyarakat tetapi juga bekerjasama dengan wakil rakyat untuk memastikan pembangunan yang seiring dengan peredaran zaman. 
"Tidak semua orang mampu memikul tugas sebagai ketua kaum atau tuai rumah kerana mereka dipilih sendiri oleh masyarakat dan, kerana tanggungjawab berat yang dipikul ini maka kerajaan naikkan elaun mereka dari RM1,000 setahun kepada RM450 setiap bulan. 
"Namun, saya percaya kerjasama yang diberikan oleh pemimpin masyarakat selama ini bukan disebabkan oleh jumlah elaun yang diberikan tetapi ikhlas kerana hendak melihat pembangunan di kampung masing-masing bergerak seiring perubahan zaman," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada Utusan Sarawak selepas merasmikan Seminar Ketua-Ketua Masyarakat Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau yang turur dihadiri oleh SAO Daerah Kecil Sebuyau, Abdul Rahman Brahim di Pejabat Daerah Sebuyau di sini hari ini. 
Julaihi berkata, sokongan dan kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat terhadap beliau selama ini juga yang telah berjaya mengubah lanskap pembangunan di kawasan DUN Sebuyau. 
"Saya cukup pasti, pemimpin masyarakat di DUN Sebuyau dulu dan sekarang berasa bangga kerana dapat melihat perubahan demi perubahan yang mungkin suatu ketika dulu dianggap mustahil seperti rangkaian jalan raya dan sistem komunikasi telah kita nikmati," katanya sambil menambah, itu adalah berkat daripada kerjasama semua pihak. 
Justeru, beliau berharap agar kerjasama itu akan terus diperkukuhkan lagi demi untuk memastikan pembangunan yang berterusan dapat dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di DUN Sebuyau.

TOPENG PERAK PEJUANG BLOGGER PORNO PAS!!

3 comments

Posted: Thursday, February 10, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:

4
Baru sahaja petang tadi Melayu CinDia memaparkan sikap angkuh lagi sombong bodoh Blogger belaan PAS, TOPENG PERAK yang menganggap Kerajaan Persekutuan bertindak zalim ke atas pelajar2 Malaysia di Mesir baru2 ini. Penghinaan beliau ini juga turut ditujukan kepada beberapa pejuang Blogger yang bersama rombongan Putera 1Malaysia termasuklah Blogger Medan Info dan Agenda Daily. Melayu CinDia ingin bertanya kepada TOPENG PERAK sekali lagi, adakah beliau benar2 memperjuangkan kebenaran? Atau sekadar memenuhi ganjaran yang diberikan oleh seorang Pemimpin PAS berjumlah RM2 Juta?




Melayu CinDia tidak mempersoalkan pemberian wang tersebut kerana itu adalah hak Pemimpin PAS yang terbabit. Akan tetapi, inikah sebenarnya nilai perjuangan yang dicanang blogger Pembangkang selama ini? Wang menjadi pertaruhan blogger2 Pembangkang dan Melayu CinDia pasti, blogger2 Pembangkang turut akan mempersoalkan sumbangan TOPENG PERAK sebanyak itu walhal ramai lagi blogger2 Pembangkang yang turut serta dalam strategi kotor ini.

Buat kesemua blogger2 Pembangkang, lihatlah gaya pemimpin yang anda julang selama ini. Pemimpin2 yang anda kagumi ini memandang anda sebagai blogger sampah semata2. TOPENG PERAK digelar blogger elitis Pembangkang. Wang yang diberi digunakan sepenuhnya bagi memenuhi nikmat nafsu serakah. Inilah blogger belaan sebuah parti yang memperdagang simbol Islam.

TOPENG PERAK, nilai harga diri dan perjuangan anda mampu dibeli dengan wang ringgit. Ya, mungkin anda kini senang seketika. SYABAS TOPENG PERAK. Tapi, Melayu CinDia tertanya2, di saat ketika TOPENG PERAK menghina usaha Kerajaan Pusat berkenaan soal Pelajar2 Malaysia di Mesir, adakah beliau turut serta memberi sumbangan wang ringgit kepada pelajar2 tersebut? TOPENG PERAK nampaknya lebih berminat menyumbang wang tersebut kepada 'pelajar2' di China seperti gambar di atas...

Di saat takbir dilaungkan penyokong2 PAS di Malaysia, Pejuang Blogger PAS, TOPENG PERAK menikmati produk khas 'ayam' lazat di China.

Betul ke Blogger ditawar RM30K?

1 comments

Gempar sejenak apabila mendengar ada blogger Sarawak yang ditawarkan RM30 000.  Kenapa ada orang bersusah-payah untuk berbuat demikian?  Blog ini baru beberapa bulan sahaja beroperasi dan kini menerima tawaran yang hebat?

Siapakah orang atau jutawan yang menawarkan wang sedemikian banyak untuk blog yang belum setahun bertapak di alam maya?

Mungkin ada udang disebalik mi atau blogger ni memang patut mendapat tawaran sedemikian.  Ranking Alexa cuma 2,986,364 dan di Malaysia hanya 15,393.  Namun blogger ini telah mendedahkan berita panas sehingga mereka perlu dibayar???!!!

Menyorot pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi.  Mungkin ada sangkut-paut dan kaitannya dengan hal sedemikian?  Sebelum membaca sila sediakan tisu mungkin ada drama hindustan yang dikepilkan sedikit.

p/s: tq Mukapetang...:)

Powered by Blogger.
Loading...
There was an error in this gadget

Amazon MP3 Clips

2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools