Search This Blog

Siapakah PENGAYAU dan apakah tujuannya?

8 comments

Tersebar sudah cerita bahawa bloggers-bloggers yang dikaitkan dengan UMB PBB diberi  ganjaran RM5,000.00 sebulan. Kalaulah benar apa yang dikatan si "Pengayau" sangatlah beruntung sesiapa yang menjadi UMB PBB. 

Akan tetapi apa yang kita boleh lihat dimana si "Pengayau" ini amat licik untuk menukar dan mengaburi mata pembaca atau para bloggers untuk memberi perhatian yang sangat terperici kearahnya. Itu merupakan cara yang lapok untuk berbuat demikian. Adakah dia tidak menyedari bahawa timbul namanya pada setiap blog akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap kepada para bloggers?. Adakah PR telah berjaya melatih dan bersedia menurunkan "pemain" pelapis mereka untuk hadir dalam dunia siber ini?

Mereka yang menyokong pengayau khususnya tidak sedar identiti sebenar dan tujuannya. Untuk mendapat perhatian atau untuk merancakkan lagi kehangatan perang siber pada masa ini? Bloggers Pro-Kerajaan memang tidak pernah dibayar oleh mana-mana pertubuhan atau badan-badan kerajaan apatah lagi diberi "UPAH" seperti yang telah dikatan oleh "Pengayau". Seandainya setiap bloggers UMB PBB diberi ganjaran sebegitu rupa, amatlah bertuah kerana dengan keikhlasan untuk menekan setiap huruf dibayar dengan angka yang sangat lumayan. Akan tetapi amat dukacita bahawa kenyataan itu cuma dapat dilihat tetapi tidak dapat dinyatakan kebenarannya kerana memang TIDAK pernah ada walau satu sen pun UMB PBB dibayar untuk menegak serta membongkar kebenaran PR (salah seorang dari ahli UMB PBB adalah kawan rapat saya).

Terutamanya saya sendiri banyak mengikuti perkembangan POLITIK SARAWAK pada masa ini tetapi kebanyakan isu yang dimainkan oleh PR hanya mampu sampai ke lantai sahaja (sampah). Setiap kali isu yang di keluarkan hanyalah berkaitan dengan "TAIB, NCR, siapa pengganti KM dan sebagainya". Kenapa ada kenyataan seumpama ini di keluarkan? memang untuk menarik perhatian para "ANTI-Taib" atau anti-Kerajaan? Sering kali mempersoalkan kepimpinan Pehin Sri Ketua Menteri sehingga terlupa siapa diri mereka sendiri. MP atau ADUN PR hanya membuang masa untuk menjayakan "PERMAINAN" mereka supaya kerajaan di NEGERI yang diperintah BN hancur dan berpecah supaya  mudah dan senang untuk  mereka menawan negeri pimpinan BN satu persatu (Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan).

Pada setiap saat ada sahaja isu yang di timbulkan oleh anti-kerajaan seperti John Brian dan yang seangkatan dengannya. Maklumlah pilihanraya semakin hampir, semua individu mahupun mana-mana parti politik berusaha untuk menimbulkan diri mereka disebut-sebut supaya mudah dikenali. Ini salah satu daripada permainan politik "KUNO". Isu perkauman yang dilemparkan oleh John Brian amat pahit untuk perjuangan selama berpuluh-puluh tahun untuk menyemai ikata persaudaraan pada kaum-kaum yang berlainan. Tidakkah mereka tahu  sukarnya untuk mencapai sesuatu perpaduan sebelum Kemerdekaan lagi? Atau mereka "SANGAT-SANGAT SERTA TERAMAT BODOH" untuk memahami sejarah negara mahupun amnya NEGERI SARAWAK yang tercinta ini.

Masa ini kita lupakan carita Anwar mahupun isu yang berkaitan dengan PR. Walaupun John Brian boleh di katakan sebagai "kuman yang sebesar zarah" tetapi inilah yang akan menjadi masalah kepada pemerintahan kerajaan negeri nanti kerana menjadi tugasnya menghancurkan perpaduan bangsa "Dayak" dengan Melayu. 

P/s: akan bersambung

Julaihi: Tiada Lagi Jalan Berlopak

1 comments


UNTUK RAKYAT ... Julaihi diberi penjelasan oleh Moliadi (dua dari kanan) mengenai jalan yang akan dinaik taraf sambil diperhatikan oleh beberapa penduduk dan warga SK Tungkah Melayu di Sebuyau, semalam.


SEBUYAU, Rabu ‑ Penduduk Kampung Tungkah Melayu di Sebuyau, menarik nafas lega apabila masalah keadaan jalan berdebu dan berlopak yang dihadapi selama ini berakhir selepas kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM250,000 bagi kerja naik taraf jalan di kampung berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Haji Julaihi Haji Narawi berkata, kerja-kerja menurap jalan kampung dari jalan raya utama itu akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai minggu depan.

"Projek naik taraf jalan Kampung Tungkah Melayu berharga RM250,000 sepanjang 600 meter ini melibatkan kerja-kerja menurap bermula dari simpang jalan raya utama ke tiga buah lorong sehingga ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Tungkah Melayu.

"JKR memaklumkan bahawa projek naik taraf ini akan bermula minggu depan," katanya yang serentak diiringi dengan tepukan gemuruh serta teriakan 'Hidup BN (Barisan Nasional)' oleh penduduk.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan malis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 SK Tungkah Melayu yang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Tungkah Melayu, Ahed Chi, Pengerusi PIBG SK Tungkah Melayu, Saini Madan dan Pegawai Teknikal JKR Bahagian Samarahan, Moliadi Ahmad di Kampung Tungkah Melayu di sini, hari ini.

Julaihi memberitahu, 'berita gembira' projek naik taraf jalan kampung yang telah diluluskan juga dijangka dilaksana serentak mulai minggu depan di Kampung Sampat, manakala di Kampung Sungai Ladong pula kerja-kerja pembesaran jalan sedang giat dilakukan.

"Pembangunan jangka panjang dan berterusan yang dibawa kerajaan BN hari ini ternyata berjaya mengubah lanskap kehidupan masyarakat DUN Sebuyau daripada mundur kepada keadaan yang lebih baik sekarang ini," katanya sambil berpesan supaya rakyat terus teguh menyokong kerajaan.

Beliau yang ditemani Moliadi turut meninjau lokasi jalan sepanjang 340 meter berharga RM140,000 yang akan dinaik taraf di Kampung Sampat, sebaik selesai majlis di SK Tungkah Melayu sebelum bergerak ke satu lagi majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan 2010 di SK Seruyuk.

Orang Anwar kuasai pemilihan PKR

0 comments


PEMILIHAN Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh dikatakan sampai ke penghujungnya.
Biarpun masih ada 57 cabang yang akan bermesyuarat pada hujung minggu ini, namun kemenangan boleh dikatakan bukan sahaja sudah berada di dalam genggaman insan kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Azmin Ali tetapi juga mereka yang dianggap 'pak turut' Ketua Umum PKR berkenaan.
Berdasarkan pengundian setakat ini, keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden ternyata menguntungkan Azmin. Beliau mendapat laluan selesa sehingga jauh meninggalkan pencabar 'sekejab mahu bertanding sekejab tidak' iaitu Mustafa Kamil Ayub dengan majoriti besar 11,350 undi.
Walaupun pemilihan di peringkat cabang-cabang penuh dengan kontroversi termasuklah kerusi berterbangan, dakwaan penggunaan samseng dan penipuan kertas undi namun oleh kerana pengundian memihak kepada 'team Anwar' maka ia tetap diiktiraf oleh PKR.
Apa yang jelas selain Azmin, mereka yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Anwar dan rela menjadi pengikut setia beliau turut akan diisytiharkan menang.
Paling ketara, PKR yang kononnya menentang keras nepotisme dan kronisme bakal memiliki seorang naib presiden yang merupakan anak kepada ketua umum mereka iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah pada masa ini sedang mendahului pemilihan bagi merebut jawatan berkenaan dengan menerima 11,042 undi.
Tiga lagi kekosongan jawatan berkenaan turut akan diisi oleh mereka yang rapat dengan Anwar iaitu Pengarah Strategi PKR, Tian Chua yang cukup setia mengetuai demonstrasi, Pengarah Pilihan Raya parti, Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman.
Begitu juga sayap turut diisi orang Anwar iaitu Zuraida Kamaruddin bagi Ketua Wanita dan Shamsul Iskandar Md.Akin bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Berikutan keputusan awal ini adalah jelas hanya mereka yang sentiasa patuh kepada kehendak Anwar sahaja yang akan mencapai kemenangan. Mana-mana individu yang cuba membangkitkan sentimen supaya pemilihan dilakukan secara telus, tidak mahu Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail hanya menjadi 'boneka' atau cuba menegur kerakusan politik yang diamalkan oleh Anwar dan konco-konconya, pasti akan tersingkir.
Kalaulah cara perjalanan pemilihan dikaji, ia membuktikan mereka yang tersingkir itu bukanlah melalui cara yang berhemah, sebaliknya melalui pelbagai manipulasi termasuklah pintu dewan mesyuarat dikunci.
Mungkin Azmin dan kesemua yang mencapai kemenangan itu boleh berbangga serta mendabik dada kepada dunia kononnya mereka menang melalui proses demokrasi.
Tetapi percayalah rakyat sudah bijak menilai dan mengetahui apa situasi sebenar dalam PKR. Tambahan pula kekalutan, kekecohan dan kekacauan yang berlaku ketika pemilihan di peringkat cabang sepatutnya menimbulkan rasa malu kepada orang-orang Anwar itu untuk mengangkat tangan tanda kemenangan.
Kalaulah benar mereka berani, telus dan bersikap demokratik sudah pasti mereka akan mendengar tuntutan banyak pihak termasuk Zaid supaya pemilihan dibatalkan dan diadakan semula.
Tetapi kepimpinan PKR hanya 'pekakkan telinga' terhadap keluhan, rayuan dan desakan ahli-ahli akar umbi. Dr.Wan Azizah seperti juga Anwar hanya pandai berjanji akan membuat itu dan ini, namun akhirnya ia hanyalah 'tin kosong'.
Apa yang beliau tahu lakukan ialah memberi peringatan supaya masalah dalaman PKR tidak didedahkan kepada umum.
Kesimpulan, Azmin dan rakan-rakannya boleh berdiri di atas pentas kerana menang tetapi ia tidak akan mampu menutupi gejolak di peringkat akar umbi serta realiti yang disaksikan oleh rakyat.
Percayalah, barisan yang menang tidak akan mampu membawa PKR ke mana-mana kerana mereka bukan sahaja tidak akan berani menyanggah Anwar yang dilihat cukup rakus dalam memburu kuasa tetapi juga mempunyai perangai yang sama dalam berpolitik iaitu berteraskan matlamat menghalalkan cara.

Anwar hantar "Ayam-nya" di zone Samarahan PRU nanti?

2 comments


Kebetulan mendengar telatah mahluk Allah yang tidak mahu dirinya diketahui dengan mengatakan "orang kuat" PKR akan menghantar "ayam-ayamnya" di kawasan zone Samarahan pada PRU yang akan datang. Kawasan- kawasan itu  terutamanya di Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau dan termasuk kawasan Parlimen Batang Lupar dan Batang Sadong. 

Dikatakan PAS juga sedang cuba menyusun strategi mereka di kawasan pedalaman itu. Mereka, PAS lebih terarah di kawasan penduduk melayunya (islam) melebihi 65%. Kawasan itu adalah Sadong Jaya dan ketiga-tiga kawasan Parlimen Batang Lupar. 

Terdahulu, Anwar telah merangka dan membentuk "pasukan idaman" mereka dikawasan tersebut. Jika PAS dan PKR mahukan kawasan-kawasan tersebut, parti manakah yang akan mengalah?adakah "ANWAR and the GENG? atau NIK AZIZ dengan bulannya?". Pada masa yang sama, si Roket telah bersedia melancarkan roket-roket mereka untuk diletupkan pada BULAN PENUH dan ANAK BULAN tersebut. 

 Tidakkah si ROKET ini tersenyum dengan kegembiraan melihat perbalahan antara "adik-beradik" itu. PKR PAS DAP!! apakah permainan kamu semua?






NURUL IZZAH SOKONG ZAID TUBUH PARTI BARU !!

2 comments

Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini menyokong pencalonan Zaid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden PKR berkemungkinan akan menyertai parti baru yang ditubuhkan oleh Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu.

Kenyataan Nurul Izzah yang sejak akhir2 ini tidak senada dengan Anwar Ibrahim menyebabkan ramai yang menyokong kemasukan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini ke parti baru tersebut. Sumber2 dalaman PKR ada mengatakan bahawa Nurul Izzah kini telah sekian lama tidak menegur ayahnya dan bermasam muka kerana benci dengan sikap diktator ayahnya membela Azmin Ali.

Jika benar ini yang akan berlaku, Anwar akan semakin tercabar. Anak sulungnya merupakan tulang belakang beliau. Tidak bagi pandangan saya, Nurul Izzah ini hanyalah boneka bapanya. Tidak mungkin Nurul Izzah akan derhaka kepada bapanya itu.

Walaupun Nurul Izzah bencikan Azmin Ali, beliau terpaksa redha dan menerima calon pilihan bapanya. Begitu juga dengan ibunya, Wan Azizah. Wan Azizah memilih untuk berdiam diri dengan tindakan dajal suaminya.

Apa lagi yang hendak diperkatakan. PKR semakin tenat. Menunggu masa untuk mati. Semoga ahli2 PKR akan insaf dengan apa yang berlaku. Keluarlah dari parti kotor ini yang hanya palsu semata2 dalam memperjuangkan keadilan rakyat.

Cyberwar campaigning in Sarawak election?

0 comments

KUCHING: Sarawak's 10th election, expected to be held next year, will see an unprecedented cyber war between the ruling and opposition parties in the state.
Umno Youth New Media Unit chairman Tun Faisal Ismail Aziz said the party, together with the Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Youth New Media Unit, would work closely to come up with an aggressive strategy to counter baseless allegations which might be posted over the internet.
"Specifically, we will coordinate any information with the PBB Youth New Media Unit so that any national issue that has bearing with Sarawak could be handled and explained very quickly ," he told reporters after a meeting chaired by PBB Youth Media Unit chief Abdul Aziz Tan Sri Adenan here Sunday.
"For us, at national level, we must explain the real issue and disseminate it very quickly so that the people will not be easily influenced by baseless allegations," he said, adding that apart from national issues, Umno would assist in disseminating information on issues affecting Sarawak, such as that of the Penan.
He said the March 2008 general election had given the Barisan Nasional component party a valueable lesson on the need to effectively tackle the cyber war campaign.
Abdul Aziz, who is also PBB Youth Information chief, said one of the strategies being adopted would involve answering or explaining any issue without resorting to personal attacks.
Later, the PBB Youth New Media Unit handed over 900 'baju kurung' and 'baju Melayu' for the Kedah flood victims as part of their social responsibility.

SAIFUDDIN NASUTION KELUAR PKR ??

2 comments


Kasihan juga melihat insan bernama Saifuddin Nasution ini. Sejak memegang jawatan Setiausaha Agung PKR, beliau telah menanggung pelbagai bebanan yang dihadapi PKR. Sehinggakan terpaksa menjawab kesemua persoalan yang menjadi kemusykilan ahli.

Saifuddin merupakan antara 3 pemimpin reformis yang masih setia bersama PKR selain Azmin dan Tian Chua. Adakah Saifuddin tidak merasakan berlaku pelbagai penyelewengan di dalam pemilihan ini. Atau beliau turut bersubahat?

Ramai yang mengenali Saifuddin ini sejak dari UMNO lagi. Beliau seorang yang sangat bekerja keras dan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas. Tetapi dalam pada yang sama, ramai yang menganggap beliau terlalu mengikut telunjuk Anwar sehinggakan buat2 tak nampak dengan penyelewengan yang dilakukan bos beliau ini.

Saifuddin sewajarnya insaf dengan apa yang berlaku. Keadaan seolah2 tidak terkawal da. Pemilihan PKR telah menunjukkan bukti. Baru sahaja maklumat diterima bahawa terdapat penjualan kertas undi semasa berlakunya pemilihan. Ini berpunca daripada pengurangan peratusan keluar mengundi. Seolah2 ahli PKR sendiri memberontak.

Saya doakan agar YB Saifuddin Nasution sedar dan insaf akan apa yang berlaku. Saya sedih kerana dahulu beliau antara pejuang Pemuda UMNO yang begitu lantang dan merupakan rakan karib seperjuangan ayah saya di dalam Pemuda UMNO 14 tahun yang lalu.

Murtad: PKR diminta nyatakan pendirian

0 comments


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu segera menyatakan pendirian berhubung isu seorang ahli parti itu yang secara terbuka mengaku telah murtad daripada Islam.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kepimpinan parti berkenaan tidak harus berdiam diri kerana isu itu adalah terlalu serius dan mesti ditangani dengan segera.
“Di kalangan kita sudah ada yang murtad dan kita kelihatan terlalu lemah untuk mengambil tindakan yang jelas. Padanlah perpecahan umat Islam semakin serius di negara ini.
“Saya juga ingin tahu apakah pendirian kepimpinan dan ahli Pas yang turut bersama-sama PKR dalam pakatan pembangkang berhubung isu ini. Apakah mereka meredainya?” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Ahli PKR Murtad! dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.
Zulkifli mengulas kenyataan bapa kepada murid berusia 10 tahun, yang mendakwa dirotan pihak sekolah kerana membawa nasi goreng dengan sosej babi ke Sekolah Rendah St. Thomas, Kuching, Sarawak baru-baru ini, bahawa dia bukan lagi beragama Islam.
Nor Azman Abdullah yang membuat pengakuan secara terbuka semalam berkata, dia telah murtad dan menukar nama kepada Beginda Minda sejak 1999.
Beliau pernah bertanding sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum 1999 di kawasan Parlimen Kapit dan calon parti sama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Engkelili pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2001 dengan menggunakan nama Nor Azman Abdullah dalam borang pencalonan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli turut mendesak kerajaan supaya menyiasat bagaimana Nor Azman boleh diberikan MyKad baru pada 2004 dengan nama Beginda Minda bersama catatan tidak beragama.
“Satu siasatan juga perlu dilakukan bagi mengesahkan kesahihan pengakuan Nor Azman ini dan adakah langkahnya untuk murtad mendapat kelulusan daripada mana-mana Mahkamah Syariah,” tegasnya.
“Kita turut ingin tahu apakah langkah kaunseling dan perbincangan yang pernah dibuat ke atas Nor Azman sebelum dan selepas dia murtad,” katanya.

‘Anwar tidak demokratik’

0 comments


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Seorang bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dipilih secara terbuka boleh menjadi pemimpin tertinggi dalam parti itu. 

Bekas Timbalan Presidennya, Dr. Chandra Muzaffar berkata, apa yang berlaku itu jelas membuktikan Anwar bukan seorang yang demokratik sebagaimana yang selalu disebutnya.
“Semua sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR ialah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum.

“Tetapi jawatan ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana dalam mana-mana parti, strukturnya adalah jelas dengan Presiden yang mempunyai kuasa,” katanya dalam kenyataan eksklusif kepada umno-online.com di sini hari ini.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just) ialah antara pengasas awal PKR bersama-sama dengan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 1999.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, setiap parti mesti mempunyai susun lapis sendiri yang terdiri daripada presiden di peringkat tertinggi diikuti oleh timbalan, setiausaha agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.
“Semasa saya berada dalam PKR, tidak wujud jawatan Ketua Umum sama ada dalam perlembagaan parti atau mana-mana struktur organisasinya.

“Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan ini atau siapa yang melantik dia (Anwar). Bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan ini dan berkuasa lebih daripada Presiden?” katanya.
Tambah beliau, jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana parti politik atau pentadbiran organisasi kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh presiden.
“Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya,” kata beliau yang pernah terlibat secara langsung dalam menggubal draf falsafah penubuhan PKR.

Anwar memang mahu Zaid tarik diri…

6 comments

Sebelum mengumumkan semua perletakkan jawatannya didalam PKR, Zaid Ibrahim sebenarnya telah digesa oleh Anwar supaya menyediakan bukti bagi dakwaannya tentang kecacatan serta manipulasi didalam pemilihan PKR.
Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat telah mendesak Zaid supaya pertahankan dakwaannya dengan bukti, ataupun menarik balik serta meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terbabit didalam pemilihan tersebut khususnya kepada Azmin.
Ini yang membuatkan Zaid “terasa hati” dan juga merajuk sampai meninggalkan semua jawatannya didalam PKR.
Khabarnya, Anwar juga telah dinasihatkan oleh Setiausaha Agung PKR iaitu Saifuddin Nasution supaya memberi kata dua kepada Zaid didalam dakwaan penjualan kertas undi. Dan Anwar yang semakin tertekan dengan kemelut pemilihan kali ini, terus menekan Zaid demi menjaga imej PKR.
Sebab itulah Anwar membuat kenyataan di lobi Parlimen hari ini bahawa tuduhan Zaid berkenaan manipulasi serta penjualan kertas undi pemilihan PKR merupakan tuduhan liar dan tak berasas.
Disamping itu, Anwar juga secara menyindir telah meramalkan bahawa keputusan pemilihan PKR tak akan memihak kepada Zaid. Dia juga mempertikaikan komitmen Zaid terhadap perjuangan parti jika tidak menang jawatan nombor dua parti tersebut.
Semua ini jelas membuktikan Anwar sebenarnya amat tak senang dengan tindak tanduk Zaid yang lebih kepada menghancurkan nama PKR. Apatah lagi Zaid telah mula mempersoalkan sokongan Anwar terhadap Azmin.
Reaksi terbaru Anwar juga agak pelik ketika mendapat tahu keputusan Zaid untuk melepaskan semua jawatannya serta meninggalkan medan persaingan dengan Azmin bagi kerusi Timbalan Presiden PKR.
Mengapa Anwar tidak mahu diadakan sebarang mesyuarat diantara pemimpin tertinggi parti bagi membincangkan keputusan Zaid? Apakah Anwar memang sengaja mahu Zaid menarik diri dan meletakkan semua jawatannya?
Mengapa pula Anwar memberi kenyataan bahawa  Zaid Ibrahim menarik diri kerana kecewa dengan keputusan pemilihan di Sabah? Mungkin Anwar yang merancang semua skrip drama terbaru didalam PKR kali ini bagi menjamin kemenangan Azmin dan juga kroni-kroninya didalam pemilihan PKR.
Untuk menguatkan dakwaan ini, Anwar juga telah telah berkata bahawa kehilangan Zaid tak dirasai kerana PKR pernah mengalami situasi yang lebih sukar sebelum ini ekoran keluarnya pemimpin-pemimpin tertinggi dari parti tersebut.
Apakah Anwar memang mengharapkan Zaid “pergi” dan tak mengganggu pemilihan parti? Jika benar, Anwar sekali lagi menunjukkan sifat kuku besinya didalam mencatur PKR sepertimana yang dia kehendaki!

5 tanah adat terbabit kelapa sawit

23 comments


KUCHING: Lima kawasan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 49,043 hektar di negeri ini terbabit dalam projek perintis tanaman kelapa sawit mengikut konsep inisiatif baru pembangunan tanah yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Julai lalu.

Kawasan terbabit ialah Kampung Selampit dan Kampung Kendaie di Lundu; Ulu Undop di Batu Lintang, Sri Aman; Ulu Teru di Tinjar dalam Bahagian Miri; Bawan-Pedai, Menyan, Bukong-Kelimut, Maong, Majau-Machan di Kanowit dan Dijih-Meruan di Selangau. 

Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Seri Dr James Jemut Masing, berkata kementerian masih menunggu kelulusan kerajaan Pusat dan beliau jangka pelaksanaan projek baru itu akan memantapkan lagi pembangunan tanah NCR.
Katanya, sehingga Jun tahun ini tanaman sawit di Sarawak mencatatkan peningkatan 0.92 juta hektar berbanding 0.84 juta hektar dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Peningkatan ini meletakkan Sarawak kini sebagai pengusaha ladang kelapa sawit tertinggi di Malaysia dengan catatan 4.17 peratus berbanding Semenanjung yang mencatat 0.45 peratus manakala Sabah 1.27 peratus kawasan.

"Ketika ini 77 peratus tanaman kelapa sawit Sarawak berjaya menghasilkan 919,213 tan minyak sawit mentah," katanya ketika penggulungan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Purata harga minyak sawit mentah Sarawak bagi Januari hingga September tahun ini ialah RM2,533 satu tan manakala bagi kelapa sawit segar pula mencapai harga RM517 satu tan pada September lalu.
Penganalisis meramalkan harga minyak sawit mentah Sarawak tahun ini mampu mencapai RM2,600 satu tan manakala untuk tempoh sembilan bulan lagi dijangka melonjak sehingga RM3,600 setan.

Sementara itu, Masing, berkata sehingga penghujung Oktober tahun ini kawasan seluas 50 hektar daripada 225 hektar projek mini estet kelapa sawit yang pertama di Lubok Punggur sudah ditanam.

Beliau berkata, dua lagi kawasan iaitu Kampung Teh di Mukah dan Padanum di Pakan, juga akan dibuka sebagai estet mini kelapa sawit, tidak lama lagi.


BERITA SEBUYAU

1 comments


SEBUYAU,  - Masyarakat diingat supaya jangan terpengaruh dengan pelbagai janji menarik yang ditawar oleh individu asing yang secara tiba-tiba hadir ke kawasan ketika menjelang musim pilihan raya ini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Haji Julaihi Haji Narawi berkata, mereka (pembangkang) yang hadir lima tahun sekali itu menyimpan niat serong iaitu hanya mahu mempengaruhi masyarakat agar membenci kerajaan. 
"Tiada maknanya kalau berjumpa mohon bantuan kepada mereka yang hanya tiba-tiba menampakkan muka pada waktu ini (menjelang pilihan raya) kerana pembangkang sanggup menjanjjikan bintang dan bulan demi mendapatkan sokongan. 
"Barisan Nasional (BN) adalah jaminan kepada masa depan rakyat negeri dan negara ini, kerana kerajaan hari ini mempunyai rancangan jangka panjang serta sentiasa berjuang untuk rakyat tanpa mengira waktu," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian aktiviti sukaneka anjuran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Hulu Sawmill Sebuyau di sini, hari ini.
Hadir sama, Penyelia KEMAS Batang Lupar, Sharifah Uteh Tengku Haji Da, Pengerusi Tadika KEMAS Kampung Hulu Sawmill, Haji Samad Said dan Penghulu Sebuyau, Haji Adam Nen.
Dalam pada itu, Julaihi menerangkan bahawa kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sejumlah RM60 juta dalam usaha menyelesaikan isu-isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini dalam tempoh dua tahun mulai 2011. 
"Justeru, masyarakat diharap bersabar dan memberi kerjasama kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) apabila kerja-kerja penyukatan tanah dijalankan di kawasan ini kelak," katanya sambil menambah, kerja penyukatan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri ini. 
Majlis sama juga menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM8,000 yang masing-masing disampaikan oleh Julaihi kepada Kelab Simpang Tiga, Kampung Masjid sebanyak RM3,000 dan Jawatankuasa Biro Sebuyau Idol, RM5,000. 
Julaihi turut meluluskan peruntukan masing-masing RM4,000 untuk Kumpulan Hadrah Sinar Murni Kampung Masjid dan Kumpulan Zikir Suara Hati Kampung Masjid, manakala Jawatankuasa Tabika KEMAS Kampung Hulu Sawmill diminta menyerahkan laporan mengenai anggaran kos untuk membina bangunan tambahan di bahagian depan tabika bagi kelulusan tahun depan.

Nik Aziz tersungkur di pintu syurga ?

1 comments


Kebelakangan ini saya asyik terkenangkan sebuah buku lama yang pernah saya baca di akhir 90 an dulu. Buku bertajuk "Tersungkur Di Pintu Syurga". Buku nukilan saudara Zabidi Mohamed, seorang bekas majisteret yang pernah berkhidmat di Kelantan dan antara orang kanan dalam pertubuhan Al Arqam.

Informasi dalaman tentang 'state of mind' pemimpin agung Al Arqam dan anekdote-anekdote berhubung sesuatu kejadian yang tertulis oleh Zabidi amat senang saya baca. Bukan setakat itu sahaja, ianya amat berkesan dan tak kurang masanya saya habiskan dengan ketawa terbahak-bahak.
Ketawa terbahak-bahak? Ya, ketawa kerana kelucuan timbul akibat sikap fanatik terhadap seseorang tokoh.

Antara yang masih menggelikan hati saya sehingga hari ini ialah apabila Zabidi menceritakan saat-saat bas dua tingkat milik Al Arqam di Thailand tiba-tiba diiring oleh pasukan polis Thai. Segera mereka yang berada bersama Abuya di dalamnya berkata dengan bangga, belum lagi Abuya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan Thailand sudah beri penghormatan sebegitu kepada Abuya. Apa yang hanya kemudian mereka ketahui ialah bas itu dikepung oleh polis Thai untuk menahan Abuya mereka.

Saya juga masih ingat bagaimana mereka melihat janggut Abuya yang kononnya tak boleh mereka angap suci dan tak boleh disentuh itu telah togel dicukur oleh Polis Cawangan Khas Malaysia.

Dan sehingga hari ini saya masih menggaru kepala memikirkan bagaimana manusia yang hebat-hebat di dalam gerakan itu boleh percaya bahawa saatnya akan tiba bila Mahathir meletakkan jawatan dan Ghafar Baba menjadi Perdana Menteri Malaysia. Akibat tidak tahan tekanan maka Ghafar Baba akan menyerahkkannya kepada Abuya untuk menerajui Malaysia kemudiannya.

Saya masih ingat sewaktu kecil dan pernah satu ketika dahulu saya tuliskan didalam blog ini saat-saat saya sering dibawa bertemu Tuan Guru Nik Aziz. Waktu itu beliau masih jauh perjalananannya dari menjadi Menteri Besar Kelantan.

Atas ikatan persaudaraan, arwah ibu sering bawa saya bertemunya kerana ibu sering meminta tok guru yang kami panggil Ayah Zit itu  berdoa untuknya. Waktu itu  agak-agak saya sekitar tahun 1975 hingga 1979.

Ayah Zit akan duduk disebalik tirai yang dibuat khas di satu sudut ruang tamu rumahnya di Pulau Melaka. Tirai itu memisah dia dengan tetamu perempuan yang datang menemuinya.  Setiap kali menemuinya, saya akan duduk di ribanya manakala ibu duduk disebalik tirai itu.

Kesan dari ingatan saya terhadap peristiwa tersebut, ketika saya mengarang lakon layar filem Perempuan Melayu Terakhir pada tahun 1997, saya letakkan insiden tersebut di dalam beberapa adegan itu.

Waktu itu Engku Leh duduk disebalik tirai yang memisahkan antara dia dan tetamu perempuan yang menemuinya. Bagaimanapun, memandangkan pengarah filem itu tidak pernah mengalami pengalaman yang saya lalui, dia tidak dapat mengangkat roh kejadian tersebut lalu cuba untuk memberi penjelasan mengapa tirai itu memisahkan Engku Leh dan Mustika, tetamu perempuannya. Didalam filem tersebut, Engku Leh dibuat sedang menconteng kaligrafi diatas tirai itu.

Zahrain: Hilang yakin pada Anwar dan Lim Guan Eng hancurkan PR

0 comments


MP Bayan Baru dan Mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato’ Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan beliau meletakan semua jawatan parti dan keluar dari PKR. Beliau berbuat demikian kerana kecewa akibat kehilangan keyakinan kepercayaan kepada Ketua Pembangkang-tanpa-parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai “Perosak Pakatan Rakyat”.
“Tindakan kerajaan pimpinan YAB Lim Guag Eng membelakangkan prinsip prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semula jadi dalam usaha penyinggiran saya sebagi Pengerusi Island Golf Properties Sdn. Bhd. baru baru ini adalah bukti jelas amalan politik chauvinis, diktatorial dan berfikiran ala kominis. Amalan Lim dan konco konconya  bukan sahaja bersingkap angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan, malahan mereka menyalah gunakan kuasa dn kedudukan mereka untuk kepentingan politik sempit dan agenda jahat mereka”, kenyataan media yang dibacakan Zahrain sendiri.
Kenyataan penuh media Dato Seri’ Zahrain:
 
Beliau juga menegaskan bahwa semua dalam Pulau Pinang terutama orang Melayu “Dianiaya dan ditipu oleh seorang Ketua Menteri yang diktatorial, chauvinis dan ala-kominis. Ini termasuk Pusat Zakat”. Sahabat karib Anwar itu juga mengingatkan pengundi agar “Tidak meletakan terlalu banyak keyakinan dan harapan kepada PR”.
Beliau juga menyifatkan DAP dan Lim Guan Eng secara angkuhnya menyalah gunakan kuasa, untuk kepentingan politik sempit chauvinism semata mata dan tidak langsung menimbang pendapat orang lain. Apabila ditanya apakah keputusan ini pernah dibawa perbincangan melalui mekanism parti dan PKR, Zahrain menjawab “What mechanism?”.
Beliau berjanji akan meneruskan agenda untuk mewakili pengundi Bayan Baru sebagai MP bebas dan menegaskan bahawa keputusan ini tidak melibatkan mana mana parti politik. Beliau yang kecewa dengan kegagalan Anwar melunaskan janji, termasuk “16 September 2008″ adalah bukti beliau tidak wajar bersama PKR lagi.
“Saya telah melakukan apa yang terdaya”, dengan penuh nada kecewa dan pasrah sebagai seorang politikus yang telah ditipu dan perkudakan untuk agenda sempit Anwar dan Lim Guan Eng.
Zahrain dengan jelas rasa bertanggung jawab tidak mahu rakyat Malaysia dibohongi oleh Anwar dengan “Janji janji palsu dan hanyalah rhetorik semata mata” dan “Lim Guan Eng yang Diktatorial, Chauvinis dan ala Komunis”. Beliau juga mengaku bahawa “Saya tidak mahu generasi akan datang mengingat saya sebagai sebahagian dari gerombolan yang merosakan negara”.
Perletakan jawatan ini merupakan YB ke VII PKR yang samada meletakan jawatan atau telah meninggalkan parti yang diujudkan semata mata agenda peribadi Anwar itu.

PKR SARAWAK DIANCAM PCM!!!!

0 comments

Parti Cinta Malaysia (PCM) boleh menjadi duri dalam daging dan menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan parti pembangkang lain dalam usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengakui strategi Pakatan rakyat (PR) untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN di kesemua 71 konstituensi boleh digagalkan oleh PCM.

PCM bukan sahaja memecahbelahkan undi tetapi juga menyebabkan kekeliruan di kalangan pengundi. Penyertaan PCM dalam pilihan raya DUN Sarawak ini sebagai pengacau dan tidak mempunyai agenda yang sebenar. 

seterusnya

Kekalahan Galas dan Batu Sapi - Apa kata pimpinan Pakatan Rakyat

0 comments

DENGAR BOLEH,TETAPI PERCAYA JANGAN!!!


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS. Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka. Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu. "Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya.



DUN Galas: PAS juga terkejut, anggap kekalahan luar dugaan

2 comments


Jika Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan majoriti hampir dua kali ganda sesuatu yang mengejutkan, PAS juga terkejut dengan kekalahan mempertahankan kerusi Galas sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang “di luar dugaan.”
“Saya terkejut kerana ia di luar dugaan kita, mungkin ada kelemahan yang berlaku,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Kata beliau, PAS tetap tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya kecil semalam yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) — perikatan ini merampas balik kerusi itu yang dimenangi calon PAS dua tahun lalu.
Fatah berkata, pihaknya hanya berpuas hati dengan pergerakan jentera pilihan raya parti itu, tetapi tidak keputusan yang diumumkan malam tadi.

Namun begitu, menurut Fatah, kepimpinan PAS akan menerima hakikat kekalahan dan gagal mempertahankan kerusi DUN Galas yang dimenangi Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008.
“Saya puas hati dengan jentera tapi keputusan kita kena ambil masa nak kaji.
“Kita memang tak puas hati dengan keputusan tapi kita terima hakikat ini,” katanya.
Beliau yang ternyata terkejut dengan keputusan itu berkata pihaknya akan mengadakan “post-mortem” untuk mengenal pasti punca kekalahan mereka.
“Lepas ini kita akan buat post-mortem untuk kenal pasti punca kekalahan.
“Saya terkejut kerana ia di luar dugaan kita, mungkin ada kelemahan yang berlaku,” kata beliau.
Ketika pengumuman keputusan pilihan raya kecil DUN Galas diumumkan di pusat pengumpulan rasmi undi di Dewan Pusat Sivik, Gua Musang di sini malam tadi, tiada seorang pun pemimpin PAS berada di premis itu.
Calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi.
Abdul Aziz memperoleh 5,324 undi iaitu 56 peratus manakala Zulkefli menerima 4,134.  Undi rosak sebanyak 132.
Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu — buat julung kali — dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim yang meninggal pada 27 September lalu.
Malam tadi,  Tengku Razaleigh selaku pengarah pilihan raya jentera BN dan Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak menyangka pihaknya akan menang dengan majoriti besar — hampir dua kali ganda di Galas.
“Saya rasa besar hati kerana pengundi Galas memberikan sokongan kuat kepada BN.
“Saya tidak jangka akan menang majoriti besar.
“Malah saya terkejut apabila saluran tiga dan saluran empat iaitu pengundi muda lelaki dan wanita memilih BN,” kata Tengku Razaleigh.

PAS Salahkan Orang Asli Punca Kekalahan di Galas

0 comments


Pilihan raya kecil Galas sudah pun berakhir. Calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff menang dengan mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.
BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.
Bagi menutup aib dan malu, Pas awal-awal lagi menyalahkan Orang Asli sebagai punca kekalahan mereka di situ.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan yang juga Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun berkata kepada Harakah, penglibatan secara langsung agensi kerajaan dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asli menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon Pas.
Alasan Fatah ini secara tidak langsung meletakkan punca kekalahan Pas di Galas kepada bahu Orang Asli
Bagi saya, inilah alasan yang agak bodoh yang pernah dilontarkan oleh Pas sejak penubuhan parti berkenaan.
Pas kena sedar, mereka tidak pernah mengambil peduli masalah Orang Asli sebab itu masyarakat itu sukar untuk memberikan sokongan kepada parti tersebut.
Kehadiran Nik Aziz kononnya untuk memberi ‘zakat’ sudah terlambat.
Orang Asli mungkin mundur dari segi ekonomi dan pelajaran, tetapi mereka tidak pernah ‘mundur’ dalam membezakan apa yang betul dan apa yang salah.
Mereka tidak pernah ‘mundur’ dalam membezakan apa yang hak dan apa yang batil
Mereka tidak pernah ‘mundur’ dalam membezakan apa itu keikhlasan dan apa itu sogokan.
Ini berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa konsisten dalam membantu masyarakat Orang Asli, baik pada waktu pilihanraya mahupun tidak.
BN selama ini telah melakukan macam-macam rancangan dan strategi untuk memajukan masyarakat Orang Asli


Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/11/pas-salahkan-orang-asli-punca-kekalahan.html#ixzz14R50lGbf

MENINGGAL DUNIA KETIKA BERKEMPEN DI GALAS

0 comments

KUALA LIPIS 5 Nov. – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.
Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat ketika dihubungi di sini hari ini.

klik sini..

BN wins both Batu Sapi, Galas

2 comments



Batu Sapi - Linda Tsen (PBS) emerged victorious with Ansari Abdullah (PKR) in second place. Meanwhile, Umno defeated PAS in Galas by a sizable majority of 1,190 votes.

more

Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi

0 comments

Salam semua, pagi nie godek-godek gambar kat berita harian, seronok pulak tengok gambar kemeriahan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan Sabah. Macam-macam gelagat dan cara calon parti berkempen, ada yang sampai naik rumah buat ceramah, ada yang sampai jatuh titi..ehehe, cekidaut yea gambar-gambar kat bawah nie.
kempen pilihanraya kecil batu sapi
ASKAR Wataniah melalui jejantas yang dihiasi bendera parti bertanding di Jalan Leila yang berhampiran Dewan Masyarakat menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *kalau nda silap ini jejantas depan dewan masyarat sandakan kali bah, meriah dengan bendera*

kempen pilihanraya kecil batu sapi
CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin (dua dari kiri) bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra bersama penduduk Kampung Bokara, Syed Karama Syed Omar, 81, dan isterinya Muhibat Nasir, 67, (kanan) ketika berkempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *Wooww Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pun pigi jugak turun padang, aku suka dia nie :)*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
PETUGAS SAPP di Kampung Tanah Merah menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *bah duduk di kedai ja ni siap belaptop lagi, dulu cek pakai buku ja*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi sepanjang jalan masuk ke pekan Batu Sapi menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *Aku rindu suasana macam ini!! memang meriah bah kalau undi di sana*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
AJK Kampung Istimewa dan penduduk bersama kain rentang yang melarang parti pembangkang memasuki kampung mereka pada pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. *bah urang kampung istimewa keluar paper…hahaha*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dibantu lima pekerja kempen selepas terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas di Batu Sapi. *bah..mau ketawa ka nda nie?? hehhee* apa pun simpati sama dia*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
PENDUDUK Kampung Gas Baru memperbaiki pelantar pejalan kaki yang roboh ketika dilalui calon PKR, Ansari Abdullah. *nah!! kesiannyalah tengok*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
CALON PKR, Ansari Abdullah memakai anduh di tangan ketika berkempen di Kampung Gas di Batu Sapi, malam tadi. Semalam, beliau terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas. *hehee..kesian pulak sampai pakai anduh, simpati betul bah aku sama dia nie :P*
kempen pilihanraya kecil batu sapi 8
KETUA Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah Sulaiman memberi ucapan kepada penduduk Kampung Lupak Meluas Darat ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *ehehe..rumah orang kampung ku nie, bah tengok kot2 mama sama bapa  ada di gambar atas tu..hahhaa*
kempen pilihanraya kecil batu sapi
BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi replika udang galah di bulatan Bandar Nantung sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *nda nampak sudah patung udang galah di tengah-tengah round about tu :P*
YONG TYECK LEE
CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden parti itu berjumpa orang ramai di pasar batu lapan dekat Sandakan hari ini untuk kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. *Bah sampai di kedai makan diorang nie bekempen :P*
kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi
ADUN Sekong, Datuk Shamsuddin Yahya (kanan) bersama penduduk yang menunjukkan sokongan sambil memegang poster calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Gas Tengah. *bapaku undi di dun sekong untuk parlimen Batu Sapi, mamaku di dun Elopura…wah tetiba!! hahaa*
PRK BATU SAPI / PENYOKONG BN
Penyokong Barisan Nasional datang menaiki lori untuk berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. *ehehe..nie yang bestnya time undi memang meriah bah macam nie :)*
kempen pilihanraya kecil parlimen batu sapi
PENYOKONG Barisan Nasional (BN) yang memenuhi bangunan Gerai Makan dan Minum Sri Intan di depan Dewan Masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi. *Alamak…lamanya nda makan di sini*

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools