Search This Blog

‘Anwar tidak demokratik’

0 comments


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Seorang bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dipilih secara terbuka boleh menjadi pemimpin tertinggi dalam parti itu. 

Bekas Timbalan Presidennya, Dr. Chandra Muzaffar berkata, apa yang berlaku itu jelas membuktikan Anwar bukan seorang yang demokratik sebagaimana yang selalu disebutnya.
“Semua sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR ialah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum.

“Tetapi jawatan ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana dalam mana-mana parti, strukturnya adalah jelas dengan Presiden yang mempunyai kuasa,” katanya dalam kenyataan eksklusif kepada umno-online.com di sini hari ini.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just) ialah antara pengasas awal PKR bersama-sama dengan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 1999.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, setiap parti mesti mempunyai susun lapis sendiri yang terdiri daripada presiden di peringkat tertinggi diikuti oleh timbalan, setiausaha agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.
“Semasa saya berada dalam PKR, tidak wujud jawatan Ketua Umum sama ada dalam perlembagaan parti atau mana-mana struktur organisasinya.

“Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan ini atau siapa yang melantik dia (Anwar). Bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan ini dan berkuasa lebih daripada Presiden?” katanya.
Tambah beliau, jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana parti politik atau pentadbiran organisasi kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh presiden.
“Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya,” kata beliau yang pernah terlibat secara langsung dalam menggubal draf falsafah penubuhan PKR.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools