Search This Blog

SAIFUDDIN NASUTION KELUAR PKR ??

2 comments


Kasihan juga melihat insan bernama Saifuddin Nasution ini. Sejak memegang jawatan Setiausaha Agung PKR, beliau telah menanggung pelbagai bebanan yang dihadapi PKR. Sehinggakan terpaksa menjawab kesemua persoalan yang menjadi kemusykilan ahli.

Saifuddin merupakan antara 3 pemimpin reformis yang masih setia bersama PKR selain Azmin dan Tian Chua. Adakah Saifuddin tidak merasakan berlaku pelbagai penyelewengan di dalam pemilihan ini. Atau beliau turut bersubahat?

Ramai yang mengenali Saifuddin ini sejak dari UMNO lagi. Beliau seorang yang sangat bekerja keras dan memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas. Tetapi dalam pada yang sama, ramai yang menganggap beliau terlalu mengikut telunjuk Anwar sehinggakan buat2 tak nampak dengan penyelewengan yang dilakukan bos beliau ini.

Saifuddin sewajarnya insaf dengan apa yang berlaku. Keadaan seolah2 tidak terkawal da. Pemilihan PKR telah menunjukkan bukti. Baru sahaja maklumat diterima bahawa terdapat penjualan kertas undi semasa berlakunya pemilihan. Ini berpunca daripada pengurangan peratusan keluar mengundi. Seolah2 ahli PKR sendiri memberontak.

Saya doakan agar YB Saifuddin Nasution sedar dan insaf akan apa yang berlaku. Saya sedih kerana dahulu beliau antara pejuang Pemuda UMNO yang begitu lantang dan merupakan rakan karib seperjuangan ayah saya di dalam Pemuda UMNO 14 tahun yang lalu.

2 comments:

  1. d Says:

    Salam Perjuangan,

    JUTAAN TERIMA KASIH saya ucapkan kerana telah mempamerkan semula artikel saya di blog anda buat tatapan umum. Ini merupakan satu pengikhtirafan terhadap artikel2 saya. Alhamdulillah..

    Penulisan dan artikel2 di blog Tuan juga tidak kurang hebatnya. Artikel2 anda mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap BN. SYABAS.

    Saya telahpun linkkan blog Tuan dalam senarai blog2 t'hebat di blog saya. Insyaallah, saya bharap kita dapat berkongsi idea dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN.


    Sekian, Salam Ikhlas dari,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

  1. Penilai Sebuyau Says:

    di harap saudara dapat mempamerkan juga artikel saya,
    tq

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools