Search This Blog

Pemimpin Masyarakat Berperanan Bawa Pembangunan

3 comments

SEBUYAU, Khamis - Kerajaan mengiktiraf peranan serta menganggap pelantikan jawatan pemimpin masyarakat sama ada ketua kaum, tuai rumah, kaunselor, kapitan, penghulu dan pemanca sebagai sesuatu yang penting dalam usaha untuk memajukan sesebuah kawasan. 

Julaihi merakam gambar kenangan bersama 65 orang ketua kaum, ketua masyarakat, tuai rumah, kaunselor, kapitan dan penghulu di Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, semalam.
 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Haji Julaihi Haji Narawi berkata, malah individu dipilih sebagai pemimpin masyarakat itu secara tidak langsung juga meletakkan diri mereka dalam kalangan yang dipercayai akan dapat membawa kemajuan kepada penduduk yang diwakilinya. 
Beliau berkata, mereka (pemimpin masyarakat) tidak hanya berperanan sebagai 'jambatan penghubung' antara kerajaan dengan masyarakat tetapi juga bekerjasama dengan wakil rakyat untuk memastikan pembangunan yang seiring dengan peredaran zaman. 
"Tidak semua orang mampu memikul tugas sebagai ketua kaum atau tuai rumah kerana mereka dipilih sendiri oleh masyarakat dan, kerana tanggungjawab berat yang dipikul ini maka kerajaan naikkan elaun mereka dari RM1,000 setahun kepada RM450 setiap bulan. 
"Namun, saya percaya kerjasama yang diberikan oleh pemimpin masyarakat selama ini bukan disebabkan oleh jumlah elaun yang diberikan tetapi ikhlas kerana hendak melihat pembangunan di kampung masing-masing bergerak seiring perubahan zaman," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada Utusan Sarawak selepas merasmikan Seminar Ketua-Ketua Masyarakat Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau yang turur dihadiri oleh SAO Daerah Kecil Sebuyau, Abdul Rahman Brahim di Pejabat Daerah Sebuyau di sini hari ini. 
Julaihi berkata, sokongan dan kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat terhadap beliau selama ini juga yang telah berjaya mengubah lanskap pembangunan di kawasan DUN Sebuyau. 
"Saya cukup pasti, pemimpin masyarakat di DUN Sebuyau dulu dan sekarang berasa bangga kerana dapat melihat perubahan demi perubahan yang mungkin suatu ketika dulu dianggap mustahil seperti rangkaian jalan raya dan sistem komunikasi telah kita nikmati," katanya sambil menambah, itu adalah berkat daripada kerjasama semua pihak. 
Justeru, beliau berharap agar kerjasama itu akan terus diperkukuhkan lagi demi untuk memastikan pembangunan yang berterusan dapat dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di DUN Sebuyau.

3 comments:

  1. Anonymous Says:

    sidak pemimpin akar umbi tuk..cam ni nak menilai keberkesanan sidak nya? apa indikator nya?
    Dalam FB aduan rakyat sebuyau..banyak rungutan mengenai keberkesanan pemimpin akar umbi ini?

  1. Anonymous Says:

    Maybe agak lambat meri respon...
    Mohon kakitangan awam ( PDK Sebuyau ) pantau prestasi tuai2 rumah yg dilantik.
    Masyarakat sebangan / sebuayau sedia maklum, ada beberapa pemimpin tidak menunjukkan prestasi yg baik, mlah gagal menyatupadukan masyarakat kpg.
    Malah apakah mereka ini akan terus dilantik utk tahun atau sessi yg akan datang.
    YB Julaihi sudah masanya kita berubah cara dan pendekatan... Jgn lagi mengunakan konsep lama yg bakal mendatangkan kesan buruk, bukan sahaja kpd parti ( BN )malah rakyat yg merasa akibatnya.
    TQVM

  1. Anonymous Says:

    Tahun 2012 dah dtg...
    malah pelbagai isu jgk di peringkat akar umbi di Sebuyau blaku tak dijawab dan diselesaikan dengan baik.
    Cuma kebimbangan kita berkaitan isu balak di bukit ensika sebangan yg berkesudahan di mahkamah. Khabarnya saman geng2 Numpang Suntai dan sebahagian penduduk sebangan berjaya.
    Disini imej BN agak tercalar, malah hasutan PKR yg bertindak diblkg NGO Numpang Suntai ini agak membimbangkan... Takut2 PRU 13 terbalik di Parlimen Batang Lupar.
    Apakah tindakan ADUN dan MP kita... Terus berdiam diri... atau cuma jengok pengundi bila ada majlis rasmi...
    Kesian, pendekatan masih lapok dan tak berubah..
    DS najib tolong pantau, apakah ADUN & MP kita fahami gagasan 1 Malaysia, Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan...
    Hairan datang masa banjir jengok benteng Sebuyau pecah, yelah tu yg paling senang.. Tak payah nak redah kpg2.
    Hairan .... bila nak berubah.

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools