Search This Blog

Video Penghinaan Ke Atas Umat Islam

0 comments


Malaysia bukan Negara Islam

Hari ni banyak medium utama mengeluarkan artikel berkaitan laporan polis yang di buat oleh seorang Blogger Mahaguru58 ke atas seorang Paderi Kristian yang telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Menteri Penerangan juga turut mengeluarkan SKMM agar menjalankan siasatan segera dalam isu ini. Adik Sarah baru perasan yang rupanya bila ada kena mengena dengan internet maka ianya di bawah tanggungjawap SKMM dan bukanlah KDN.
 

MUSLIMAT PAS AKUI HANYA SHAHRIZAT LAYAK PIMPIN WANITA !!

1 comments

Gambar di atas merupakan gambar seribu makna. Satu perkara yang mustahil di dalam PAS apabila Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Saleh memberi penghormatan kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bergambar bersama barisan AJK Muslimat PAS.

Insiden ini berlaku apabila Shahrizat tanpa mengambil kira soal ideologi politik menegur Muslimat PAS dan bertanya khabar. Ianya juga menggambarkan sifat rasa tanggungjawab beliau terhadap keprihatinan kaum Hawa.

Ini menunjukkan bahawa Shahrizat seorang pemimpin wanita yang mampu menggalas tanggungjawab membela wanita Malaysia. Dan beliau adalah pemimpin Wanita UMNO. Pengundi Wanita di DUN Galas perlu melihat dari perspektif keseluruhan. Wanita Malaysia kini lebih di beri ruang untuk ke depan, diberi pelbagai pilihan dalam menentukan masa depan mereka.

Inilah hasil titik tolak dan kerja keras Datuk Seri Shahrizat dan Wanita UMNO. Suara kaum Wanita di Kelantan setakat hari ini belum lagi didengari akibat pelbagai sekatan dari Kerajaan Negeri.

Nampaknya Muslimat PAS memberi 'hint' kepada pengundi Wanita bahawa kepimpinan Wanita yang lahir dari UMNO lebih perkasa terjamin. Mungkin Muslimat PAS juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersatu bersama kepimpinan Wanita UMNO kerana merasakan mereka tidak dibela dan diberi ruang sepenuhnya bersama Kepimpinan PAS.

PAS mainkan isu agama

0 comments

Pembangkang dari Semenanjung diingatkan agar tidak hancurkan perpaduan kaum di Sarawak dengan menggunakan ‘nama agama’
KUCHING: Parti pembangkang khususnya yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia diingatkan agar tidak cuba menghancurkan perpaduan dan keharmonian kaum di Sarawak dengan menggunakan ‘nama agama’.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah berkata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak sepatutnya cuba mencetuskan ketegangan antara pelbagai kaum dan suku kaum negeri ini menerusi agenda politik mereka sendiri.
Malah katanya, pemimpin PAS berhasrat untuk menimbulkan kekeruhan di kalangan kaum melalui sentimen agama semata-mata untuk kepentingan diri masing-masing.
“Janganlah hancurkan perpaduan kaum yang sedia terjalin di Sarawak menerusi nama-nama agama dan sebagainya.
“Mereka (pembangkang) diminta agar tidak mengeruhkan keadaan kerana kepentingan politik mereka sendiri. Fikirkan untuk kepentingan negara pada masa akan datang.
“Jadi, kita mesti memainkan peranan untuk menyatukan semua kaum di negara ini di bawah satu payung yang dikenali sebagai konsep 1Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan PAS mengenai ‘kerusi Muslim’ wujud di Sarawak, dengan PAS telah membuat keputusan bertanding di semua ‘kerusi Muslim’ dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir dalam sidang media yang sama ialah Pengarah JPNIN Sarawak Rajali Mudin dan Penolong Pengarah JPIN Sarawak Delin Liet Blaun.
Pada masa yang sama, Murugiah berkata beliau sendiri amat terkejut apabila mengetahui PAS mempunyai hasrat untuk mengembangkan sayap mereka ke Sarawak dengan merebut ‘kerusi Muslim’ sebagaimana yang mereka sifatkan.
Katanya, dakwaan sedemikian oleh parti pembangkang seperti PAS boleh memburukkan negeri majmuk seperti Sarawak.
“Sarawak merupakan negeri terbaik dari segi perpaduan di Malayasia, jika saya diberi kuasa untuk menetapkan ranking mengenai indeks perpaduan di negara ini, saya akan memberi nombor satu kepada Sarawak.
“Maka itu, saya tidak mahu melihat reputasi yang amat baik ini dicemari politik kotor terutamanmya oleh pembangkang dari Semenanjung.
“Saya agak terkejut apabila terbaca dalam akhbar bahawa PAS mendakwa sudah mengenal pasti ‘kerus-kerusi Muslim’ di Sarawak… dakwaan seperti ini tidak sepatutnya timbul,” ujarnya.
Dakwaan itu juga disangkalkan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman pada Selasa lepas dengan menafikan kewujudan kerusi sedemikian dan kenyataan umum oleh Setiausaha PAS Negeri Saidin Massudin Sahim itu bukan petanda baik bagi rakyat Sarawak.
Menurutnya, istilah ‘kerusi Muslim’ tidak wujud dalam senario politik di Sarawak.
Sementara itu, Murugiah menjelaskan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung harus melihat malah perlu mencontohi perpaduan di Sarawak yang disifatkan begitu baik tidak mengira suku kaum atau agama tetapi dapat hidup dengan aman dan harmoni.
“Jika sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempunyai dasar pandang ke timur untuk menggalakkan budaya kerja rakyat, saya mahu cakap bahawa untuk memupuk perpaduan maka kena pandang ke Sarawak,” katanya.

Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi!!!!

5 comments

Anwar bermesyuarat dengan Kristian
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.


Oleh AIDC

Isu terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial - multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza mengikut kehendak Anwar.
Ketika Anwar berada dalam ABIM dan selepas itu menyertai UMNO, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar memberi ancaman akan berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, jika gerakan ini tidak dibendung. Ekoran itu ,ABIM menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Buku-buku itu dijual di pasaran terbuka.

Di mana-mana ceramah ketika berhadapan dengan khalayak Melayu-Islam, Anwar sering memprovokasi persoalan 'niat' Stamford Raffles (penjajah British) mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu. Pada Anwar, niat utama Raffles menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu semata-mata untuk 'memurtadkan' sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini.



Begitulah ekstrim dan radikalnya Anwar terhadap survival Melayu-Islam, jadi tidak salah jika Subky Lattif tergoda dengan perjuangan Anwar serta 'mendoakan' agar Anwar menjadi Presiden PAS, selepas Asri Hj Muda yang dilihat sebagai seorang nasionalis yang berada di pentas Islam. Manakala Anwar pula dilihat sebagai Islamis yang sepatutnya berada di pentas Islam.


Perubahan pemikiran dari Islamis ke Liberalis ?

Tetapi, itu cerita dulu. Sekarang, selepas keluar dari penjara Sungai Buloh (2004), pemikiran Anwar berubah 360 darjah. Sebaik sahaja menghirup udara segar di luar penjara, orang yang pertama dikunjungi adalah Paderi Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian di Afrika Selatan.

Untuk apa melawat dan meminta 'restu' daripada Ketua Biskop Kristian yang kontroversi itu ? Desmond Tutu merupakan paderi kontroversi dan 'fatwa'nya menghalalkan amalan homoseksual ditolak oleh majoriti penganut Kristian.
Ketika Anwar berceramah kali pertama di New York anjuran National Endowment for Democracy (NED) pada tahun 2005, Anwar secara jujur mengakui, pemenjaraannya selama 6 tahun telah merubah pemikirannya, inspirasi kebebasan individu dan prinsip hidup beragama menular ke dalam sanubarinya. Dia mahukan kebebasan secara total dilakukan di negara ini, bermula dari kebebasan cara hidup hingga kebebasan beragama.

Pendiriannya ini dipertegaskan lagi oleh Anwar ketika berceramah di Melbourne, Australia, dalam program The Parliament of World's Religions (Parlimen Agama Dunia).

Anwar berkata sepanjang berada di penjara, dia banyak menghabiskan masa dengan mengkaji pemikiran William Shakespeare dan membaca semua koleksi-koleksi kitab Bible serta mengulangkaji semula kitab Ramayana dan Mahabrata, pemikiran falsafah barat dan sebagainya.

Ketika mengulas perubahan pemikiran 'Islam' Anwar ini, Khalid Jaafar dalam facebook Irsyad Sidi menulis, "Imam Shafiee ada dua mazhab, Qaul Kadim dan Qaul Jadid. Dahulu Anwar kuat dipengaruhi oleh Naqib al-Attas yang ekslusivis. Anwar terus belajar dan berkembang pemikiran, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Qaraqdhawi, Hossein Nasr, Taha Jabir dll"

Khalid-FB


Anda setuju Anwar Ibrahim setaraf dengan Imam Shafie seperti yang cuba digambarkan oleh Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) itu ?

Kalau Anwar setaraf dengan Imam Shafie, bermakna ramalan Subky Latif masih relevan dan Anwar masih layak menjadi Presiden PAS sekarang ini ?

Saya tidak fikir begitu. Kalau PAS bersetuju menerima Anwar sebagai Presiden PAS, tidak mungkin akan berlaku perpecahan serius dalam PAS yang terbelah kepada dua kem; ulama dan Erdogan.

Husam Musa yang diwar-warkan sebagai kem Erdogan dan mempunyai kaitan dengan Anwar tidak popular dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan dia sendiri tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden ekoran label 'Erdogan' dan 'Anwar' yang terpahat di dahinya.

Tetapi, apa yang cuba digambarkan oleh Khalid Jaafar itu, transisi pemikiran Anwar dari Islamis ke Liberalis. Dulu berpegang kepada pemikiran Syed Qutb dan Hassan Al Banna, kini berpegang kepada pemikiran liberal Syed Hussein Nasr dan Taha Jabir Al Awani.

Tentang Anwar berpegang kepada pemikiran Dr Yusof Al Qaradawi, seperti yang cuba digambarkan oleh Khalid itu, banyak perkara perlu diperbahaskan lagi. Jalur pemikiran Dr Yusof Qaradawi sangat berbeza dengan jalur pemikiran Anwar.

Dr Yusof Qaradawi menolak usaha persefahaman dialog Muslim dan Kristian yang dilihat berat sebelah, manakala Anwar pula menerima sepenuhnya dialog itu, walaupun tidak menguntungkan Islam.

Berbeza dari segi pendekatan, Qaradawi melihat keuntungan kepada Islam melebihi keuntungan peribadinya, manakala Anwar lebih mementingkan keuntungan peribadinya melebihi keuntungan Islam.

Sememangnya, sebagai penganut liberalis seperti Khalid Jaafar, dia berusaha sedaya upaya menarik watak Dr Yusof Qaradawi ke dalam kelompoknya untuk berselindung di sebalik bayang-bayang ulama terkenal Mesir itu.

IIIT sama dengan Ikhwan Muslimin ?

Tetapi saya mempunyai pendapat yang berbeza. Saya lebih cenderung mengatakan pemikiran Islam Anwar sekarang sama seperti ketika berada dalam ABIM dahulu. Dulu tidak ketara, sekarang semakin terserlah.

Pada tahun 1981, ketika Anwar menjadi Presiden ABIM, Anwar bersama-sama dengan Taha Jabir Al Awani, Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman dan Dr Ismail Al Faruqi menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa atau The International Institute of Islamic Thought (IIIT), di Virginia, Amerika Syarikat.

Ramai orang keliru dengan mengatakan IIIT dan Ikhwan Muslimin adalah jalur yang sama, apatah lagi usaha RAND Corporation menyamakan kedua-dua kelompok ini dengan melabelkan sebagai 'Muslim Brotherhood'.

Ada usaha tersirat di sebalik usaha pelabelan RAND itu. Walaupun dilabelkan kedua-duanya sebagai Muslim Brotherhood, tetapi Dr Yusof Al Qaradawi tidak terlibat dalam perencanaan badan itu, tetapi Anwar Ibrahim adalah salah seorang master design di dalam RAND Corporation.

Sebenarnya jalur pemikiran IIIT (baca Triple IT) berbeza dengan pemikiran Ikhwan Muslimin, Mesir. Umar at-Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa Masyhur, Ma'mun al-Hudhaibi, Muhammad Mahdi Akif yang menjadi pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir tidak menyertai IIIT, walaupun IIIT mendakwa badan bersifat antarabangsa. Dan Dr Yusof Al Qaradawi, termasuk dalam kelompok Ikhwan Muslimin, Mesir itu.

Untuk lebih mudah memahami jalur pemikiran IIIT dan Ikhwan Muslimin, bandingkan jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Perbandingan di antara jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang ini akan menentukan hubungan sebenar Anwar dan Al Qaradawi.



Di luar negara, Anwar boleh mendakwa bahawa dia sangat rapat dengan Presiden PAS dan mendakwa Presiden Parti Islam itu sama dengan pemikirannya. Mungkin masyarakat barat akan terpedaya apabila melihat foto-foto Anwar bersama Hadi Awang, tetapi di dalam negara, rakyat Malaysia (khususnya di kalangan ahli PAS) dapat membezakan pemikiran Anwar dan Hadi Awang, meskipun mereka bersama-sama dalam PR.

Begitu juga, di dalam negara, Anwar boleh mendakwa pemikirannya sama seperti Al Qaradawi, berdasarkan foto-foto yang menunjukkan mereka bersama, tetapi di Mesir dan Amerika Syarikat, masyarakat luar tahu bahawa Anwar dan Qaradawi mempunyai pemikiran yang berbeza. Sampai sekarang Al Qaradawi tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat, berdasarkan latar belakang pegangannya, tetapi Anwar, bukan setakat bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat, bahkan boleh membawa kawan-kawan terdekatnya (Khalid & Azmin) mengunjungi kawasan pusat operasi perisikan rahsia, Amerika iaitu di Pentagon.

anwar-wolfowitz
Khalid Jaafar, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Pentagon, 2005.


Hakikatnya IIIT, hanya dianggotai oleh tokoh-tokoh Islam yang pro Amerika Syarikat.Dari Malaysia, tokoh itu adalah Anwar Ibrahim. Dari Mesir, Taha Jabir Al Awani. Manakala sebahagian besar ahlinya merupakan pelarian dari negara Islam yang menetap di Amerika Syarikat seperti Dr Ismail Faruqi (allahyarham), Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman, termasuk juga Taha Jabir Al Alawani.

Perbezaan IIIT dan Ikhwan ini diperkukuhkan lagi pendapat bekas Presiden JIM (Jemaah Islah Malaysia), Saari Sungip. Abu Urwah atau Saari Sungip, ketika menjadi Presiden JIM, merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan selepas Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh, Saari Sungip merupakan barisan depan yang mengetuai reformasi hingga dia sendiri pernah ditahan ISA di atas kesetiaan kepada Anwar dan peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Parti Keadilan Nasional(PKN) merancang demonstrasi jalanan.

Sebaik sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004) dan menetap di Amerika Syarikat (2005-2007), Saari Sungip mengistiharkan diri keluar dari Parti Keadilan dan menyertai PAS tanpa memberitahu sebab musababnya. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Saari keluar PKN, sedangkan dia sanggup ditahan ISA kerana mempertahankan parti itu suatu ketika dulu.

Pada tahun 2006, Saari Sungip menulis di kolum Siasah mendedahkan salah satu sebabnya, iaitu faktor Amerika Syarikat. Sebelum dipenjara dan berada dalam penjara, Anwar hanya didakwa pro Amerika Syarikat, tanpa bukti yang konkrit, tetapi selepas bebas dari penjara, sikap sebenar Anwar semakin terserlah, apabila berhijrah dari Malaysia ke Amerika Syarikat, serta menjadi sebahagian missionari kerajaan Amerika Syarikat ke atas dunia Islam.

Malaysian IbrahimPosisi Anwar di Amerika Syarikat yang berada di pusat rekrut kader-kader Amerika Syarikat iaitu di SAIS (The Paul H. Nitze School of Advanced International Studies) John Hopkins University dan CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Georgetown University juga turut dipertikaikan.

Apatah lagi Anwar sendiri direkrut sendiri oleh Paul Wolfowitz, John Esposito dan Syed Hussein Nasr, yang merupakan pemain di sebalik tabir dalam meliberalkan dunia Islam.

Dalam tulisan "Hassan Al Banna dan Syed Qutb : Antara dua waqi' yang berbeza", Saari membandingkan dua waqi(tempat/kaedah) di antara Hassan Al Banna & Syed Qutb (Ikhwan Muslimin, Mesir) dengan Ismail Al Faruqi dan Anwar Ibrahim (IIIT, Amerika Syarikat).

"Gagasan International Institute of Islamic Thought, IIIT di Washington DC di bawah pimpinan Ismail Faruqi, melahirkan manual bagi modus operandi perubahan Islamisasi dari dalam pemerintah sendiri. Mereka yang mengasaskan IIIT bukan calang-calang orang. Sebahagian besar daripada mereka berasal dari Iraq. Mereka adalah seangkatan dengan Saddam Hussein semasa masing-masing berusaha menempatkan diri ke tapak kuasa politik Iraq. Kesudahannya Saddam Hussein yang menang. Di mana salah? Anwar Ibrahim juga adalah salah seorang pengasas IIIT. Di mana salahnya?"


Kotak pandora 'Kalimah Allah'

Isu kalimah Allah, bukan isu terasing. Isu ini berkait rapat dengan isu murtad seperti Azlina Joy dan Moorty, Forum Memeluk Islam dan IFC (Interfaith Council), Artikel 11 dan seangkatan dengannya.

Bagaimana sikap Anwar terhadap isu IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad dan terbaru Kalimah Allah ?

Dalam isu IFC yang heboh diperkatakan dulu, pendapat Anwar sekata dengan penajanya KAF (Konrad Adenuer Foundation). KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang menjadi salah satu penaja Anwar merupakan badan utama dibelakang IFC itu.
Kekecohan "Forum Peluk Islam" dan "Subashini & Shamala Revisited" satu ketika dahulu juga menyaksikan fenomena yang sama.

Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR, dikenakan tindakan oleh PKR kerana menyertai demonstrasi menentang program forum itu. Anwar juga menjadi pembela forum itu, walaupun sebahagian besar ahli-ahli PAS diketuai oleh Salahuddin Ayub menentang forum tersebut.

Dalam kes murtad, Anwar sengaja mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan isu itu di dalam negara. Tetapi di luar negara, kelantangan Anwar membenarkan murtad amat ketara. Prinsip Anwar seperti yang diwar-warkan oleh media barat adalah demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan memilih apa sahaja agama tanpa halangan institusi keagamaan.

Dalam isu Lina Joy, Anwar menyokong keputusan wanita Melayu itu untuk murtad kerana itu adalah hak asasinya. Prinsip Anwar dinyatakan kepada wartawan BBC yang disiarkan di media barat.



Ketika diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life, di Amerika Syarikat (2006), Anwar juga menyokong kes murtad Moorthy.

"Saya bersetuju terdapat peranan untuk agama dalam masyarakat, dan masyarakat perlu diberikan peluang untuk mengamalkan amalan agama mereka...Tetapi dalam kes spesifik lelaki Hindu ini, Moorthy, kerajaan mendakwa bahawa dia bertukar agama kepada Islam sebelum meninggal, dan oleh yang demikian mengebumikannya mengikut upacara Islam melalui Mahkamah Syariah....Pada kepercayaan saya, rayuan isterinya perlu didengar di Mahkamah Sivil. Tidak kira apa pun, Mahkamah Syariah, dilihat sebagai berat sebelah.Ini adalah rasa percaya peribadi saya bahawa perkara ini berada dalam hak isteri Moorthy untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Sivil. Insiden ini menonjolkan kegagalan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepura-puraan mereka propaganda mereka mengenai Islam yang moderat".

Satu aspek lagi, semua pihak yang terlibat dalam IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad adalah pihak yang sama dalam inner cirle Anwar.

Malik Imtiaz adalah pengerak utama IFC. Dia turut disokong oleh kawan-kawan seangkatannya terdiri daripada Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Malik Imtiaz juga merupakan peguam pemerhati yang membela kes murtad Lina Joy.

MalikSivarasa

Sekarang Malik Imtiaz merupakan peguam utama kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. Manakala Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah merupakan barisan peguambela kes liwat Anwar. Zaid Ibrahim adalah tunggak utama PKR, begitu juga Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.

Forum Memeluk Islam bermula dari kritikan Anne James yang mempertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini. Siapa Anne James ? Dia adalah isteri kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.

Bermakna semuanya berpunca dari sumber yang sama, yang berpusat di PKR yang berketuakan Anwar Ibrahim.

Kalimah Allah : Anwar langgar teguran ulama ?

Isu kalimah Allah ini sudah lama berlanjutan. Anwar lah yang merancang supaya provokasi ini berlanjutan hingga ke hari ini.

Isu ini bermula pada Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia memohon penggunaan Kalimah Allah daripada Anwar Ibrahim dalam perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya.

Anwar menjawab "Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan 'Allah' iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka"

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman di mahkamah berhubung penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Hujah Tan Sri Murphy Pakiam perkataan Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Kalimah Allah digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Pada Mac 2009, isu kalimah Allah bergema di parlimen apabila wakil UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) bertikam lidah dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib Azamuddin.

Pada April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.

Kata Anwar, "Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian"

Ketika Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk Harussani, Mufti Perak.

Tanpa menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan PKR peringkat Perak pada September 2009.



Isu ini menjadi isu paling sensitif pada 31 Disember 2009, apabila Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly.

Umat Islam mula bangkit menentang keputusan mahkamah itu. PAS melalui Timbalan Muryidul Am, Datuk Haron Din mengeluarkan kenyataan membantah media keputusan mahkamah itu serta menghuraikan secara panjang lebar bahawa kalimah Allah tidak terdapat dalam kitab Bible, jadi permintaan melalui mahkamah penggunaan kalimah Allah dibimbangi mempunyai agenda tersirat.

Bahkan Dr Haron Din berkata :
"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik." .

Tetapi Anwar tidak pernah mempedulikan teguran ulama dan sarjana Islam itu. Secara konsisten, Anwar terus bertegas dengan pendapatnya. Melalui Dr Mohd Nur Manuty, selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan (semua) Agama (BIPPA), PKR, satu kenyataan mendia dikeluarkan untuk menyokong keputusan mahkamah itu.

Persoalannya, apa agenda Anwar berkempen membenarkan kalimah Allah kepada Kristian, sedangkan dia sendiri tahu isu itu paling sensitif yang boleh menguggat kestabilan negara ?

Anwar mahu negara ini bergolak seperti 13 Mei, supaya kaum saling mencuragai antara satu sama lain ?

Kalau benar, inilah animal politic, politik menghalalkan cara yang pernah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, bapa gay, di Turki.

Pembangkang berebut kerusi menjelang pilihan raya Sarawak ?

0 comments

Tanda-tanda bahawa pilihan raya negeri ke-10 kian dekat, semakin terasa. Suhunya semakin membahang apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menasihati para pemimpin Barisan Nasional (BN) agar lebih kerap turun ke akar umbi bagi mendekati dan memahami masalah dan aspirasi rakyat, ketika berucap merasmikan Regata Batang Rajang 13 Mac lalu.
Kekerapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak, dengan langkah terbaharu menghulurkan peruntukan pembangunan luar bandar sebanyak RM3.4 bilion beberapa minggu lalu membayangkan bahawa ‘gendang perang’ sudah mulai dipalu. Beberapa buah parti dan bakal calon juga menyatakan kesediaan untuk bertanding di sesuatu kawasan jika diberi peluang, mengesahkan lagi bahawa pilihan raya kian menjelang.
Ketika pilihan raya hangat dibincangkan di kedai kopi dan akhbar, parti komponen Pakatan Rakyat yang akan memetrai pembentukannya di peringkat negeri secara rasmi menjelang Jun depan, sudah memperkatakan soal agihan kerusi. Gabungan Pakatan Rakyat bakal terdiri daripada empat buah parti, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Jika ada isu kontroversi dan rumit yang bakal dihadapi Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya negeri, isu itu adalah berkaitan dengan pengagihan kerusi.
Masing-masing parti berusaha untuk mendapat sebanyak mungkin kerusi. Masing-masing cuba meyakinkan rakan komponen bahawa parti mereka mempunyai pengaruh yang kuat dan berpotensi memenanginya. Jika tidak ditangani dengan bijak dan betul, isu ini akan menjadi bom jangka yang bakal meledakkan nasib dan impian Pakatan Rakyat untuk menambah jumlah kerusi dalam pilihan raya nanti.
PAS yang mula melebarkan sayapnya ke negeri ini sejak 1996 memasang angan-angan untuk bertanding di 26 kawasan Melayu-Melanau. Parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia itu bernafsu besar untuk memenangi semua kerusi yang bakal ditandinginya.
Sama ada itu keyakinan yang berasas atau keyakinan palsu, mereka yang faham bagaimana pengaruh dan juga imej PAS di Sarawak, menganggap bahawa kenyataan pemimpin terbabit tidak lebih daripada sekadar angan-angan besar.
Perhitungan PAS mudah difahami. Sesiapa yang hendak turun berperang, perlu yakin bahawa dia akan pulang dengan kemenangan besar. Mengangkat bendera putih sebelum turun ke gelanggang pertarungan menandakan kebaculan dan boleh melemahkan pengikut. Inilah strategi dan pendekatan yang cuba diambil oleh PAS.
Terus terang, untuk beberapa pilihan raya lagi, PAS boleh berangan-angan untuk menguasai kerusi di kawasan Melayu-Melanau, yang menjadi benteng kuat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) pimpinan Taib Mahmud.
Ketika PAS kelihatan sukar mengawal nafsu dan imaginasinya, DAP pula bercadang untuk mencuba nasib di 25 kawasan, meskipun mengakui berpuas hati jika diberi peluang bertanding di 20 kerusi majoriti Cina atau campuran Cina. Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berhasrat untuk bertanding di lebih 25 kerusi, terutama di kawasan Melayu-Melanau dan Iban.
Bayangkan jika semua pihak dalam Pakatan Rakyat berkeras untuk bertanding mengikut kemahuan masing-masing? Akhirnya, mereka akan bertembung sesama sendiri, termasuk di kalangan individu yang kecewa tidak diberi peluang oleh parti. Mereka inilah yang akan bertanding sebagai calon Bebas kerana memenuhi agenda peribadi yang sempit.
Dalam satu kenyataan akhir Februari lepas, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution membayangkan hasrat Pakatan Rakyat untuk bersemuka dengan calon BN secara langsung di semua kerusi. Pertandingan lebih daripada dua penjuru akan cuba dielakkan bagi menjamin kemenangan di pihak Pakatan Rakyat.
Dalam pilihan raya umum 2008, strategi itulah yang digunakan oleh Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia bagi menjamin kemenangan. BN terpukul teruk apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dari segi realiti, pasti akan berlaku pertandingan pelbagai penjuru, kerana Parti Cinta Malaysia (PCM) akan menentang calon BN dan Pakatan Rakyat, selain kehadiran banyak calon Bebas yang bertanding atas pelbagai motif dan tujuan. Bagi Pakatan Rakyat, PCM boleh dianggap sebagai pengacau yang merosakkan hasratnya itu. Kehadiran calon PCM bakal menguntungkan BN kerana undi untuk pembangkang akan berpecah.
Dalam pilihan raya 2006, BN menguasai 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pilihan raya itu menyaksikan parti tulang belakang, PBB memenangi semua 35 kerusi yang ditandingi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 11 daripada 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) lapan daripada sembilan kerusi, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) memenangi kesemua lapan kerusi.
Keputusan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan keputusan 2001 apabila BN membolot 61 daripada 62 kerusi, sebelum jumlah kerusi ditambah menjadi 71 ekoran proses persempadanan semula oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sembilan orang calon pembangkang bernasib baik daripada 87 orang yang mencuba nasib. Enam kerusi dimenangi DAP daripada 12 yang ditandingi, manakala calon PKR satu daripada 25 kerusi, SNAP satu daripada 28 yang ditandingi dan calon Bebas hanya memenangi satu kerusi masing-masingnya. PAS tewas di satu-satunya kerusi yang ditandinginya. PCM baru bertapak di Sarawak beberapa bulan lalu apabila wakil Bebas kemudiannya menerajui parti itu, sesudah keluar dari PKR.
Dalam pilihan raya akan datang, SUPP yang pada pilihan raya lalu dibelenggu masalah pergolakan dalaman dan kepemimpinan, yakin untuk merampas kembali empat kerusi daripada DAP. SUPP yakin memenangi kerusi itu kerana percaya bahawa rakyat sudah meragui keupayaan DAP memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.
SUPP berazam dan yakin dapat merampas kembali empat kerusi di Kuching yang kini dikuasai DAP, iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, dan Kota Sentosa. Namun ada pemerhati yang meramalkan jika tersalah perhitungan, SUPP bukan sahaja akan gagal merampas kerusi terabit, malah akan menyaksikan satu atau dua lagi kerusinya terlepas ke tangan DAP yang telah bertapak di Sarawak sejak 32 tahun lalu?
Dalam pilihan raya lalu, sokongan komuniti dan pengundi Cina terhadap SUPP merosot tajam. Dalam 15 kawasan majoriti Cina yang ditandinginya, undi yang diraihnya merosot daripada 66.2 peratus pada 2001 kepada 49.2 peratus pada pilihan raya 2006. Manakala di lapan kawasan yang dimenanginya, undi yang dimenangi turut merosot, kecuali di Bengoh, kawasan 65 peratus pengundi Bidayuh.
Satu lagi persoalan yang dijangka menarik perhatian menjelang pilihan raya akan datang ialah, bagaimana dengan kerusi yang kini digenggam empat wakil rakyat SPDP, yang bertindak keluar parti dan seterusnya ingin menyertai PRS.
Masalah dan isu peruntukan kerusi tidak mudah diselesaikan. Isu itu pasti akan membelit Pakatan Rakyat dan dijangka mencetuskan kontroversi. Itulah sebabnya pemimpin kanannya menasihati agar isu dan masalah parti tidak dibincangkan secara terbuka, termasuk melalui media agar tidak dieksploitasi oleh pihak lawan.
Lagi cepat isu itu diselesaikan, lagi baik untuk Pakatan Rakyat. Bagi kerusi membabitkan SPDP, satu jalan keluar mungkin dengan membenarkan calon bertanding atas lambang BN, sesuatu yang pernah terjadi sebelum ini apabila krisis tercetus antara SNAP dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Kerusi pasti akan terus menjadi rebutan, kerana kerusi melambangkan kuasa dan pengaruh. Mereka yang menguasainya cuba dengan apa-apa cara untuk mempertahankannya, manakala yang belum mendudukinya, memasang angan-angan untuk merampas daripada pihak yang menguasainya. Perebutan kerusi akan terus sengit dalam pilihan raya yang dijangka seawal Jun dan selewat-lewatnya April tahun depan.

BN Mampu Terus Kuasai Sarawak

0 comments


KUALA LUMPUR 17 Julai. – Walaupun keputusan pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei lepas mungkin menimbulkan keraguan sesetengah pihak tentang kemampuan Barisan Nasional (BN) mengekalkan pengaruh kuatnya di Sarawak seperti sebelum ini, tetapi tinjauan pendapat baru-baru ini menunjukkan bahawa rakyat Bumi Kenyalang tetap memberi sokongan padu kepada parti gabungan itu.
Tinjauan pendapat oleh Merdeka Center tentang nilai-nilai politik rakyat Malaysia menunjukkan bahawa 64.1 responden dari Sarawak membayangkan mereka terus menyokong BN.
Mengulas hasil tinjauan pendapat itu, Ketua Kajian Sains Politik, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Faisal S. Hazis berkata BN secara berterusan memperoleh sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular di negeri itu sejak 1974.
BN meraih 71.2 peratus undi popular pada pilihan raya 2001 dan walaupun sokongan ini merosot kepada 62.9 peratus pada 2006, tetapi jumlah undi yang diterimanya itu, tetap dianggap besar.
Tinjauan pendapat Merdeka Center itu bukan sahaja menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Sarawak terus menyokong BN, malah parti itu juga mencatat peningkatan undi popular sebanyak 1.1 peratus pada pilihan raya 2006.
Kata Faisal data pilihan raya 2006 menunjukkan bahawa hanya terdapat 12 kerusi marginal daripada sejumlah 71 kerusi yang wujud di Sarawak.

“Sekiranya lima peratus daripada jumlah undi beralih kepada Pembangkang, mereka hanya mendapat tambahan sebanyak lima kerusi. Peralihan 10 peratus undi pula akan memberi kepada mereka 12 kerusi lagi dan menjadikan 21 kerusi kesemuanya yang mereka kuasai di dewan undangan negeri,” kata beliau.
Untuk membolehkan Pembangkang menguasai 36 kerusi dan mengambil alih pentadbiran negeri, mereka perlu menarik peralihan undi sebanyak 20 peratus dan menurut Faizal, ini sesuatu “yang tak mungkin terjadi” pada pilihan raya akan datang.
Saiz dan rupa bumi Sarawak memberi cabaran kepada Pembangkang dalam usahanya untuk melebarkan pengaruh dalam kalangan pengundi kerana kawasan yang sederhana saiznya seperti Krian sahaja, sama luasnya dengan Singapura, manakala kawasan pilihan raya paling besar iaitu Belaga, sama saiznya dengan Pahang.
Beberapa jurukempen Pembangkang berkata urusan untuk membawa penyokong ke pusat pengundian pada hari mengundi sahaja memerlukan perbelanjaan sekurang-kurngnya antara RM40,000 dan RM50,000 di kawasan pilihan raya yang sederhana saiznya.
“Lagipun, kami tidak mempunyai sumber kewangan seperti BN untuk meliputi kawasan pilihan raya seluas itu. Tidak mudah untuk sampai ke kebanyakan tempat ini dan perjalanan ke sana pula memakan banyak masa. Sebab itulah BN selalu mempunyai kelebihan kerana ia memiliki sumber kewangan untuk menyewa helikopter untuk membolehkan calon mereka berkempen,” kata seorang jurukempen Pembangkang.
Kedudukan BN bagi kerusi luar bandar dan di kawasan bumiputera dikatakan terlalu kuat dan tidak mengizinkan Pembangkang mencapai banyak kejayaan besar. Hakikat ini diakui sendiri oleh Pembangkang.
“Kami perlu bersikap realistik. Bukan mudah untuk menyingkirkan BN kerana hampir separuh daripada 71 kawasan yang ditandingi terletak di luar bandar. Kalau kami bertandingpun, urusan berkempen merupakan suatu tugas yang sungguh berat untuk dilaksanakan. Keadaannya begitu berbeza dengan di semenanjung Malaysia,” kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.
Malah, presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), yang juga Menteri Pembangunan Tanah negeri James Jemut Masing secara terbuka menyatakan bahawa Pembangkang tidak akan mampu meraih sokongan di kawasan luar bandar.
“BN akan terus kuat di kawasan luar bandar dan peralihan undi di kawasan bandar tidak akan menjejaskan kedudukan BN di Sarawak,” katanya.
Dengan kedudukan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) menguasai 35 kerusi negeri, PRS sembilan dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) lapan, hampir mustahil bagi Pembangkang untuk merampas dewan undangan negeri yang mempunyai 71 kerusi itu daripada BN, walaupun parti komponen BN seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ditakdir kalah kesemua 19 kerusi yang diperuntukkan kepadanya.
Pada pilihan raya negeri lepas, SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya. Kebanyakan kerusi yang tidak menyebelahi mereka terletak di kawasan bandar, yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Cina dan di kawasan yang mempunyai penduduk bercampur.
Bagaimanapun, parti itu terus menguasai kerusi di kawasan luar bandar, yang majoriti penduduknya terdiri daripada suku kaum Bidayuh dan Iban.
Sementara itu, penguasaan politik yang semakin lemah di beberapa kawasan bandar, kebanyakannya yang diperuntukkan kepada SUPP, menjadi kebimbangan utama BN memandangkan kerusi di kawasan bandar dianggap sebagai laluan terbaik bagi Pembangkang untuk menambah pengaruh mereka.
“Sekurang-kurangnya, bagi kerusi bandar, akan berlaku persaingan sengit. Kami yakin pengundi di kawasan bandar lebih berminat untuk mengundi kami,” kata Loke.
Hanya terdapat antara 12 dan 15 kerusi yang boleh dianggap sebagai kawasan bandar. Kerusi bandar yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum Cina tidak sampai lapan kesemuanya. Selebihnya merupakan kawasan yang mempunyai penduduk bercampur, di mana sekurang-kurangnya, bumiputera berjumlah sepertiga daripada keseluruhan jumlah pengundi.
“Sebenarnya, jumlah kerusi yang 90 peratus pengundinya terdiri daripada kaum Cina adalah terlalu sedikit. Selebihnya merupakan kerusi yang mempunyai pengundi bercampur. Pada pendapat saya, SUPP masih mampu mengekalkan dua kerusi bandar — Piasau dan Bawang Assan,” kata penganalisis politik kelahiran Sarawak Prof James Chin.
Kerusi yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Cina ialah Batu Lintang, Padungan, Pending, Bt Kawa (di Kuching), Piasau (Miri), Kidurong (Bintulu) dan Bukit Assek (Sibu), manakala kawasan yang dikatakan mempunyai jumlah pengundi Cina yang agak ramai ialah Pelawan, Bawang Assan, Kota Sentosa, Pujut, Meradong dan Repok.
“BN boleh menawan kembali kerusi Meradong sekiranya ia meletakkan calon yang kuat, tetapi secara umumnya, SUPP tetap menggalas tugas berat untuk menawan kembali sokongan pengundi Cina,” kata Chin.
Pengerusi DAP Sarawak Richard Wong Ho Leng berkata parti itu tidak akan memandang remeh keputusan kaji selidik Merdeka Center itu dan menyedari bahawa masih banyak tugas yang perlu dilaksanakan oleh DAP berhubung kerusi luar bandar.
“Bagi kerusi bandar, ada kemajuan yang dicapai kerana pengundi nampaknya agak responsif terhadap perubahan. Apa yang kami harapkan sekarang ialah pengundi Cina di kawasan bandar akan dapat mempengaruhi rakan mereka yang tinggal di luar bandar,” katanya.
Memandangkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dijangka mencapai 70 peratus dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, Pembangkang berharap senario politik di Sarawak akan berubah.
Bagaimanapun, berdasarkan apa yang ada sekarang, BN mempunyai kelebihan dan akan terus berada dalam keadaan ini sekiranya ia menambah baik sistem penyampaian dan memenuhi janjinya kepada pengundi. – Bernama

Pembangkang tak mampu saingi BN di Sarawak

0 comments

Pembangkang tidak dapat memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang kerana sikap pengundi di negeri ini yang mempunyai penilaian berbeza semasa mengundi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yakin keputusan pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan mempengaruhi sentimen atau sokongan pengundi kepada parti komponen BN Sarawak kerana rakyat mengambil kira isu setempat dan bukannya isu nasional semasa memilih calon mereka.

"Mereka (pengundi) lebih tertumpu kepada isu tempatan dan antara jadi pertimbangan ialah pembangunan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di Sri Aman hari ini.

Najib berkata, BN
Sarawak mampu membawa kesinambungan pembangunan luar bandar di negeri kerana ini terbukti melalui pelbagai program pembangunan yang dibawa sejak dulu lagi.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).

Di dalam pilihan raya DUN Sarawak pada 2006, BN Sarawak memenangi 62 kerusi dengan kerusi selebihnya dimenangi oleh calon Bebas, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ada berbincang dengannya mengenai tarikh pilihan raya DUN Sarawak akan datang, Najib secara berseloroh berkata: "Jika saya bincang pun, saya tidak akan beritahu anda."

Mengenai rancangan pengabungan PRS dan SPDP yang pernah disuarakan oleh kedua-dua pemimpin parti komponen BN Sarawak itu sejak 2006 tapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan, Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada BN Sarawak untuk membuat keputusan.

"Apa yang difikirkan sesuai oleh BN Sarawak akan diterima oleh kami (BN) di peringkat pusat," katanya.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN akan mengalami nasib sepertimana pada pilihan raya umum 2008 pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata kenyataan itu cuma retorik politik yang kosong.

"Saya serah kepada rakyat, tidak akan mendabik dada, saya akan tumpu buat kerja bela rakyat Malaysia di mana saja," katanya.

- Bernama

KEBODOHAN PEMBANGKANG

0 comments

Melihat perkembangan dan senario politik tanahair yang saban hari ada ada saja cerita panas dan sensasi, kelihatan minggu ini (sejak 07 November 2009 sehingga kini) dan beberapa minggu sebelumnya, Pakatan Rakyat semakin bergoncang teruk dan kian parah... Nak lingkup sangat-sangat dah depa ni.

Mana tak nya, bermula dari pendapat Nik Aziz untuk minta buat EGM PAS, akhirnya jadi Seminar PAS di Taman Melewar minggu lepas. Diikuti isu penangkapan Dr.Asri Zainul Abidin yang saban hari dipolitikkan. Seterusnya, isu PAS Selangor (Hassan Ali) kena hadap ke Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat dan macam-macam lagi isu yang dihidangkan kepada rakyat Malaysia dalam jangka waktu terdekat sebelum ni.


Pada minggu ini pula, drama politik menampilkan "hero" Melayu Islam dalam PKR si YB ZUL Kulim menghentam kuat rakan separtisannya si YB R.Sivarasa PKR atas dasar-dasar PKR kononnya demi mempertahankan Islam! HAHAHA!


KEBODOHAN NOMBOR 1

Krisisnya berpunca apabila YB Sivarasa dah perli YB Zul dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada YB Zul !!!

YB Zul melenting la ... dan terus buat Sidang Akhbar di Parlimen semalam (10 Nov 2009) dan terus mencabar YB Sivarasa untuk letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan dengan beliau - satu lawan satu.

YB Zul pun dah tahu, PKR bukannya Parti yang ditubuhkan untuk mempertahankan Islam pun!
PKR ditubuhkan untuk apa yer? ... Dulu, khusus untuk KEADILAN KEPADA ANWAR BERAHIm ... Sekarang, sudah ubah sikit KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA. Keadilan yang macam mana pula tu? .... Adil dari segi Bangsanya samarata (Tak ada beza pangkat dan darjat kononnya). Adil juga dari segi Agamanya. Dan Adil dari segenap aspek ... Inilah PKR - Parti Keadilan Rakyat wahai YB Zul oiii ...

Cuma, kalau YB Zul yang buat-buat tak faham ialah parti yang "berselindung dari segi prinsipnya" untuk mempertahankan Agama Islam adalah parti UMNO dan secara tak langsung parti PAS.


SAMA SEKALI TIDAK KEPADA Parti Keadilan Rakyat ! Jauh panggang dari api.

Jadi, kenapa YB Zul & YB Sivarasa bergaduh nie? ... Hmmm, mungkin juga Anwar (Pengarah Drama PKR) yang suruh ... Atau mungkin juga saja-saja depa nak cari pengaruh? ... Atau mungkin saja-saja suka nak bikin heboh? ... Ntah la ... tapi, yang aku pasti, IT'S TOTALLY NO POINT AT ALL.

YB Zul tak payah nak bertekak dengan YB Sivarasa ni atas dasar parti PKR untuk mempertahankan ISLAM. Ianya amat LAWAK.

Memang dah terbukti pun selama ini Anwar tak pernah bagi jaminan untuk PKR akan memperjuangkan / mempertahankan Islam melalui PKR, sebaik atau lebih baik dari UMNO buat selama ni .... Bahkan dengar katanya tidak boleh langsung menyebut (pantang tok nenek PKR) mengatakan PKR AKAN MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM! Memang tak dak dalam kamus PKR la YB Zul oiiiiiiiiiiiii ! .............

Kebodohan yang YB Zul dan YB Sivarasa tunjukkan ni, kalau pada aku sebagai Rakyat Malaysia yang berfikiran logik, ianya hanyalah satu lawak yang sengaja diada-adakan ... Kalau masuk pertandingan Raja Lawak, memang elok bener la bagi kedua-dua YB ni ... mesti jadi juara Raja Lawak punyalah.


KEBODOHAN NOMBOR 2

Bai'ah Menceraikan Isteri oleh para Calon Wakil Rakyat PAS.

Ini lagi satu benda bodoh paling maksima dalam sejarah politik tanahair Malaysia. Institusi kekeluargaan dijahanamkan oleh parti yang kononnya Islamik demi menghalang calon/wakil rakyatnya berpaling tadah. Memang bodoh. Bodoh. Bodoh & Bangang!

Dicelah-celah pembuktian kebodohan tersebut, muncul pulak seorang wira tua namanya Tok Nik Aziz yang menafikan Bai'ah Menceraikan Isteri tersebut wujud dalam PAS. Ini lagi bodoh. tak melampau kalau disebut BODOH + BANGANG + NYANYOK.

Sudahlah begitu, orang yang bertanggungjawab memecahkan rahsia bab Bai'ah Menceraikan Isteri dalam PAS ni, si KHALID SAMAD pun sampai sekarang tidak menafikan perkara tersebut memang berlaku. Maknanya, KHALID SAMAD MEMANG MENGAKU ADA WUJUD BAI'AH, manakala TOK NIK AZIZ MENAFIKAN ADA WUJUD BAI'AH ... Mana satu betoi ? Yang MENGAKU kah? ATAU yang MENAFI kah? ...

Inilah lawak Pakatan pembangkang dalam minggu ni ... InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita akan terus lihat banyak lagi lawak-lawak bodoh yang akan dipertontonkan oleh PR kepada rakyat.

BELAJAR DARI “UNIVERSITI KEHIDUPAN”

0 comments

Berikut saya coretkan mukaddimah daripada buku terbaru saya : Nota Hati seorang lelaki – gugusan kisah tarbiah sanak, suami dan ayah. Saya menyimpan cita-cita agar buku itu dibaca oleh seramai mungkin pembaca. Mudah-mudahan ia dapat dijadikan titian dan titisan dalam laut rasa yang begitu bergelora. Buku ini bukan untuk “saya” tetapi untuk “kita”.  Walaupun buku itu hanya kecil, tetapi cita-cita di sebaliknya besar. Insya-Allah. Ya, Allah permudahkanlah tercapainya harapanku:
Aliran ilmu umpama aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu ilmu, perlu “ditakung” dengan hati yang merendah diri. Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.Ya, begitulah jua adab kita belajar dengan kehidupan ini. Jika merendah diri, kita boleh belajar hampir daripada semua orang, keadaan dan peristiwa. Teringat kata Luqman Al Hakim ketika ditanya bagaimana dia mendapat hikmah? Dia menjawab, “aku belajar hikmah daripada orang yang dungu. Jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukannya.”
Luqman menjadikan si jahil sebagai “guru” yang mengajarnya erti sempadan pada percakapan dan tindakan. Kita bagaimana? Jangan dilupakan petua dalam pembelajaran, bila murid bersedia, guru akan tiba. Maksudnya, bila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul “guru-guru” yang mahu mengajar kita.
Pada kisah-kisah yang saya nukilkan nanti ada pengajaran yang tersurat dan tersirat, insya-Allah. Prinsip dalam penulisan saya mudah sahaja – tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. Perhatikan benar-benar di mana “nilai” didikan (tarbiah) dalam kisah-kisah itu. Padankan segala-galanya dengan kisah-kisah hidup anda sendiri. Bergurulah dengan pengalaman hidup sendiri. Sesetengah ilmu perlu “dirasai” baru boleh difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan. 
Anekdot yang saya paparkan dalam buku ini, adalah gugusan kisah benar yang saya rasai sendiri atau pun apa yang telah saya kongsikan bersama keluarga, teman dan kenalan sepanjang kembara kehidupan sebagai anak, suami dan ayah. Walaupun ada kalanya isi pada anekdot itu saya “lebihkan” atau “kurangkan” atas sebab-sebab tertentu, namun pada hakikatnya pengajaran atau ibrahnya tetap saya kekalkan. Insya-Allah.
Pesan ringkas saya, jangan kesal jika kita tersalah di masa lampau. Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti yang kita masih manusia. Oleh itu, sebaik mendapat pengajaran daripadanya, lupakan dan tumpukan ke masa hadapan. He who does not look ahead remains behind – dia yang tidak memandang ke hadapan akan sentiasa tertinggal di belakang.
Kita tidak boleh “menggergaji habuk kayu” (meminjam istilah Dale Carnargie). Ertinya masa lalu akan terus berlalu. Apa yang penting, gunakan pengajaran masa lampau untuk “mengemas kini” masa kini dan merancang masa depan. Yesterday ended last night! Semalam berakhir malam semalam.
Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran. Justeru, tidak ada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat. Sering diperingatkan, kejayaan hari ini boleh menjadi musuh kepada kejayaan hari esok. Jagalah kebenaran yang kita miliki dengan selalu memohon hidayah dan taufik. Ingat selalu apa yang sering dipesankan oleh ulama yang mempunyai mata hati. Kata mereka, “dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”
Jadilah “wira’ yang tidak didendangkan. Wira yang berbakti tanpa ingin disanjung dan dipuji. Belajarlah “menikmati” keikhlasan dengan rasa ingin membuat kebaikan tanpa dilihat oleh orang lain. Saya catatkan kisah-kisah ini daripada mereka yang tidak pun tahu kisah mereka telah saya tulis. Mereka “menulis” menerusi amalan. Saya hanya menulis melalui perkataan. Ya, orang yang mencipta sejarah, jarang mampu menulis sejarah.
Mereka yang saya paparkan kisah-kisahnya ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi. Mereka punya hati emas yang tidak boleh direbut oleh sesiapa. Kekadang gelanggangnya hanya sekangkang kera, namun peranannya seluas maya pada. Ada kalanya pangkat mereka cuma kuli biasa, namun jasanya mengatasi hartawan, bangsawan dan sarjana.
Jangan dipinggirkan peranan lelaki di samping keluarga dan rumah tangganya. Lelaki sejati dikenali menerusi peranannya sebagai anak, suami dan ayah. Marilah kita sama-sama menyedari bahawa langkah pertama dan utama untuk menyelamatkan kita daripada malapetaka yang paling hebat dan dahsyat (Neraka) ialah dengan menyelamatkan diri dan keluarga. Firman Allah:
“Selamatkanlah diri dan keluargamu daripada api neraka.”

Sebagai anak, ingatlah bahawa reda Allah terletak pada reda kedua ibu-bapa. Sebagai suami sedarlah, sebaik-baik lelaki ialah yang terbaik pergaulan dengan isterinya. Manakala sebagai ayah, hubaya-hubaya atas sabda Rasulullah SAW:
“Seorang anak dilahirkan putih bersih terpulang kepada ibu-ayahnya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Sekadar mengutip butiran hikmah yang pernah diluahkan oleh Mother Teresa ketika ditanya bagaimana hendak mewujudkan dunia yang lebih aman, beliau telah berkata, “pulanglah dan kasihilah keluarga masing-masing. Nescaya dunia ini akan menjadi lebih aman.”
Menerusi buku Nota Hati Seorang Lelaki ini juga saya cuba menyorot “sisi gelap” dari kisah dan peristiwa. Bukan untuk mencela, jauh sekali untuk menghina. Namun, bila ada gelap, barulah terserlah gemerlapan cahaya. Al Quran sendiri memaparkan kisah manusia-manusia durjana sebagai “gandingan” dan “bandingan” manusia-manusia yang mulia.
Begitu Al Quran mendidik, begitu juga kita cuba mencontohi-Nya. Segala-galanya dari perspektif seorang da’ie – yakni melihat sesuatu dalam kerangka seruan dan pendidikan agar manusia lebih dekat dengan Allah dan agama-Nya. Bertanyalah di mana Allah dalam kehidupan seorang lelaki yang bernama anak, suami dan ayah?
Marilah kita belajar di “universiti kehidupan” dengan gugusan kisah dan rencah peristiwa sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah. Kita amat-amati nasihat dari “guru pengalaman” yang bersyarah tanpa suara dan kata. Buku Nota Hati Seorang Lelaki ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba saya ungkapkan bagi pihak anda. Yakni, suara “hati kecil” kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh “hati besar” kita yang ego, bangga dan alpa.

Bacalah… bacalah dengan nama Allah. Rendahkan hati dan diri anda. Pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!

bajet 2011

0 comments

Posted on October 17,

2010, Sunday

BINTULU: Majoriti rakyat dijangka terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya negeri akan datang berikutan Bajet 2011 yang prihatin rakyat dan memberi keutamaan
terhadap pembangunan luar bandar.

Keupayaan kepimpinan kerajaan persekutuan menurut Naib Ketua Pemuda
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dalam memerintah negara akan
membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“ Kita percaya bajet berpandangan jauh dalam merencanakan pembangunan negara yang
dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dinilai rakyat Sarawak
secara positif dan diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada pilihan raya negeri nanti,”
katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya bajet tersebut bukan sekadar ingin meraih sokongan rakyat
— sama ada pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum seperti diuar-uarkan beberapa
pihak.

“ Kita perlu melihat bajet yang lepas, semua bercirikan sikap prihatin dan keikhlasan kerajaan
dalam membangunkan negara tanpa mengabaikan aspek kebajikan masyarakat berada dalam
golongan bawahan,” katanya.

Pandi yang juga ketua Pemuda PBB Jepak berkata, kawasan luar bandar merupakan tumpuan
khusus kerajaan sejak dahulu lagi.

Katanya, tumpuan tersebut adalah untuk memastikan wujud keseimbangan pembangunan
antara bandar dan luar bandar.

Kerajaan menyediakan RM6.9 bilion untuk pelaksanaan kemudahan asas seperti bekalan air,

elektrik dan jalan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
“ Wawasan para pemimpin BN dalam membangunkan negara sebagai sebuah negara maju
dan berpendapatan tinggi akan difahami rakyat di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli-ahli Pemuda PBB agar merebut peluang menerusi
peruntukan RM93 juta khusus untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“ Projek-projek seperti pembinaan lapangan terbang, telekomunikasi dan jalan raya akan
menambah kerancakan ekonomi. Pemuda di wilayah tengah wajar memanfaatkan peluang
ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) Dr Neilson Ilan Mersat menterjemahkan RM93 bilion untuk SCORE sebagai
peruntukan pembangunan di luar bandar.

Neilson, juga pensyarah pengajian politik yang diminta mengulas mengenai kemungkinan
bajet tersebut dirangka untuk meraih populariti BN di kalangan rakyat menjelang pilihan
raya akan datang berkata: “ Jumlah (peruntukan) untuk luar bandar perlu ditambah agar lebih
banyak projek pembinaan kemudahan asas dapat dilaksanakan.”

Banyak isu-isu hangat...

0 comments

baca isu-isu semasa di blog ini.

kuchingitam
Rajahmas
NGUPING TRUS
muda tengah

dan banyak lagi blog2 yg hangat..

PKR...cakap je pandai!!!!

0 comments

Ketika PAU yang lepas, bukan sedikit puak penyokong lebih-lebih lagi PKR kecoh buruk-burukkan UMNO kononnya pemilihan parti mengamalkan politik wang. Begitu juga ketika pilihanraya kecil yang ditandingi UMNO, semuanya mengamalkan politik wang. Itu kata penyokong dan pencacai PKR.

Akhirnya, pekung PKR pun terbuka. Yang dedahkan amalan busuk PKR pulak adalah orang sendiri bukan orang lain, jadi apa yang UMNO pernah kata tentang sifat-sifat kepimpinan parti mereka sebelum ini tidak silap walau sedikitpun...

Dalam pemilihan PKR Pusat kita melihat bermacam jenis perbuatan cantas-mencantas, memfitnah, memburukkan malah bertumbuk sesama sendiri. Saifudin Nasution pula memainkan peranan sebagai spekulator terkemuka dunia dengan mengaitkan UMNO dalam maslah dalaman parti.

Nah! sekarang lihat, siapa lagi gila kerana pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Kalau dah rakan seperti sendiri pun berlaku perbuatan macam ni, fikirkan pula apa yang boleh dibuat pada orang lain?



Artikel daripada laman blog pembangkang;

KONFLIK DALAMAN PKR JEJASKAN KESEPADUAN DALAM PAKATAN RAKYAT

Penulis Tamu - kedahlama,

Konflik dan perebutan jawatan yang berlaku dalam PKR akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat untuk memimpin negara. Tuduh menuduh, kata mengata-mengata, lobi melobi serta hilang keyakinan sesama rakan seperjuangan amat mendukacita. Ia berlaku dalam sebuah parti yang berjuang untuk rakyat dan berkorban untuk rakyat.

Apabila diberi keyakinan oleh rakyat untuk menang dan menjadi parti pemerintah, PKR kini sudah lupa aklan asal usul perjuangannya. Mereka mula menunjukkan perangai lama dalam bekas parti mereka dulu iaitu Barisan Nasional. Perangai buruk dan busuk yang ada dalam UMNO, MIC mula ditonjolkan dalam sebuah parti bernama Parti Keadilan Rakyat. Sungguh menyedihkan. Ia akan merencatkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk memimpin negara dalam PRU-13 nanti.

Semua gelagat dan pertelingkahan serta perangai buruk calon-calon PKR yang bertanding sedang diikuti oleh rakyat pada setiap masa dan ketika. Rata-rata rakyat dan pendundi hari ini sudah mula muak dengan apa yang berlaku dalam PKR. Mereka melihat fenomena ini amat buruk dan teruk, malah lebih teruk daripada apa yang telah berlaku dalam UMNO dan MIC.

Saya amat berkeyakinan, senario yang berlaku dalam PKR ini menunjukkan pemimpin parti itu sudah lupa diri dan perjuangan sebenar. Mereka mula mencari dan melobi untuk kepentingan diri. Dalam hati mereka sudah ada perasaan tidak mempercayai antara satu sama lain. Mereka telah lupa amanah dan mandat yang pengundi berikan. Mereka mula mengejar habuan dunia. Mereka mula gila harta, gila pangkat dan kedudukan.

Apa yang pasti, dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat akan ditolak oleh pengundi dan rakyat Malaysia. Mereka akan memberikan mandat baru kepada UMNO dan Barisan Nasional. Dalam keadaan UMNO dan BN mula membina keyakinan rakyat, PKR asyik bergaduh dan makin hari makin hilang keyakinan rakyat kepada mereka....

Pastinya, PKR akan berkubur selepas PRU-13 nanti jika hati dan perasaan mereka tidak dapat bersatu atas dasar perjuangan ikhlas untuk membela rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat......

PRU13 - Blogger PR tidak yakin PKR berjaya...

0 comments

Keunggulan Pemilihan PKR ternyata hampas..

Sebelum ini UMNO/BN kena teruk dengan macam-macam bentuk serangan politik. Sekarang kita dengar ahli PKR sendiri rosak-merosakkan satu dengan yang lain demi kedudukan dalam parti. Bagaimana mereka menyerang UNMO, begitulah caranya mereka lakukan terhadap mana-mana calon PKR yang bertanding. Itulah namanya bila senjata makan tuan....

sambungan 

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools