Search This Blog

Nik Aziz tersungkur di pintu syurga ?

1 comments


Kebelakangan ini saya asyik terkenangkan sebuah buku lama yang pernah saya baca di akhir 90 an dulu. Buku bertajuk "Tersungkur Di Pintu Syurga". Buku nukilan saudara Zabidi Mohamed, seorang bekas majisteret yang pernah berkhidmat di Kelantan dan antara orang kanan dalam pertubuhan Al Arqam.

Informasi dalaman tentang 'state of mind' pemimpin agung Al Arqam dan anekdote-anekdote berhubung sesuatu kejadian yang tertulis oleh Zabidi amat senang saya baca. Bukan setakat itu sahaja, ianya amat berkesan dan tak kurang masanya saya habiskan dengan ketawa terbahak-bahak.
Ketawa terbahak-bahak? Ya, ketawa kerana kelucuan timbul akibat sikap fanatik terhadap seseorang tokoh.

Antara yang masih menggelikan hati saya sehingga hari ini ialah apabila Zabidi menceritakan saat-saat bas dua tingkat milik Al Arqam di Thailand tiba-tiba diiring oleh pasukan polis Thai. Segera mereka yang berada bersama Abuya di dalamnya berkata dengan bangga, belum lagi Abuya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan Thailand sudah beri penghormatan sebegitu kepada Abuya. Apa yang hanya kemudian mereka ketahui ialah bas itu dikepung oleh polis Thai untuk menahan Abuya mereka.

Saya juga masih ingat bagaimana mereka melihat janggut Abuya yang kononnya tak boleh mereka angap suci dan tak boleh disentuh itu telah togel dicukur oleh Polis Cawangan Khas Malaysia.

Dan sehingga hari ini saya masih menggaru kepala memikirkan bagaimana manusia yang hebat-hebat di dalam gerakan itu boleh percaya bahawa saatnya akan tiba bila Mahathir meletakkan jawatan dan Ghafar Baba menjadi Perdana Menteri Malaysia. Akibat tidak tahan tekanan maka Ghafar Baba akan menyerahkkannya kepada Abuya untuk menerajui Malaysia kemudiannya.

Saya masih ingat sewaktu kecil dan pernah satu ketika dahulu saya tuliskan didalam blog ini saat-saat saya sering dibawa bertemu Tuan Guru Nik Aziz. Waktu itu beliau masih jauh perjalananannya dari menjadi Menteri Besar Kelantan.

Atas ikatan persaudaraan, arwah ibu sering bawa saya bertemunya kerana ibu sering meminta tok guru yang kami panggil Ayah Zit itu  berdoa untuknya. Waktu itu  agak-agak saya sekitar tahun 1975 hingga 1979.

Ayah Zit akan duduk disebalik tirai yang dibuat khas di satu sudut ruang tamu rumahnya di Pulau Melaka. Tirai itu memisah dia dengan tetamu perempuan yang datang menemuinya.  Setiap kali menemuinya, saya akan duduk di ribanya manakala ibu duduk disebalik tirai itu.

Kesan dari ingatan saya terhadap peristiwa tersebut, ketika saya mengarang lakon layar filem Perempuan Melayu Terakhir pada tahun 1997, saya letakkan insiden tersebut di dalam beberapa adegan itu.

Waktu itu Engku Leh duduk disebalik tirai yang memisahkan antara dia dan tetamu perempuan yang menemuinya. Bagaimanapun, memandangkan pengarah filem itu tidak pernah mengalami pengalaman yang saya lalui, dia tidak dapat mengangkat roh kejadian tersebut lalu cuba untuk memberi penjelasan mengapa tirai itu memisahkan Engku Leh dan Mustika, tetamu perempuannya. Didalam filem tersebut, Engku Leh dibuat sedang menconteng kaligrafi diatas tirai itu.

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    cam sial nik najis ne

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools