Search This Blog

Showing posts with label 11/11/2010. Show all posts
Showing posts with label 11/11/2010. Show all posts

5 tanah adat terbabit kelapa sawit

23 comments


KUCHING: Lima kawasan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 49,043 hektar di negeri ini terbabit dalam projek perintis tanaman kelapa sawit mengikut konsep inisiatif baru pembangunan tanah yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Julai lalu.

Kawasan terbabit ialah Kampung Selampit dan Kampung Kendaie di Lundu; Ulu Undop di Batu Lintang, Sri Aman; Ulu Teru di Tinjar dalam Bahagian Miri; Bawan-Pedai, Menyan, Bukong-Kelimut, Maong, Majau-Machan di Kanowit dan Dijih-Meruan di Selangau. 

Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Seri Dr James Jemut Masing, berkata kementerian masih menunggu kelulusan kerajaan Pusat dan beliau jangka pelaksanaan projek baru itu akan memantapkan lagi pembangunan tanah NCR.
Katanya, sehingga Jun tahun ini tanaman sawit di Sarawak mencatatkan peningkatan 0.92 juta hektar berbanding 0.84 juta hektar dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Peningkatan ini meletakkan Sarawak kini sebagai pengusaha ladang kelapa sawit tertinggi di Malaysia dengan catatan 4.17 peratus berbanding Semenanjung yang mencatat 0.45 peratus manakala Sabah 1.27 peratus kawasan.

"Ketika ini 77 peratus tanaman kelapa sawit Sarawak berjaya menghasilkan 919,213 tan minyak sawit mentah," katanya ketika penggulungan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Purata harga minyak sawit mentah Sarawak bagi Januari hingga September tahun ini ialah RM2,533 satu tan manakala bagi kelapa sawit segar pula mencapai harga RM517 satu tan pada September lalu.
Penganalisis meramalkan harga minyak sawit mentah Sarawak tahun ini mampu mencapai RM2,600 satu tan manakala untuk tempoh sembilan bulan lagi dijangka melonjak sehingga RM3,600 setan.

Sementara itu, Masing, berkata sehingga penghujung Oktober tahun ini kawasan seluas 50 hektar daripada 225 hektar projek mini estet kelapa sawit yang pertama di Lubok Punggur sudah ditanam.

Beliau berkata, dua lagi kawasan iaitu Kampung Teh di Mukah dan Padanum di Pakan, juga akan dibuka sebagai estet mini kelapa sawit, tidak lama lagi.


Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools