Search This Blog

Pembangkang tak mampu saingi BN di Sarawak

0 comments

Pembangkang tidak dapat memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang kerana sikap pengundi di negeri ini yang mempunyai penilaian berbeza semasa mengundi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yakin keputusan pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan mempengaruhi sentimen atau sokongan pengundi kepada parti komponen BN Sarawak kerana rakyat mengambil kira isu setempat dan bukannya isu nasional semasa memilih calon mereka.

"Mereka (pengundi) lebih tertumpu kepada isu tempatan dan antara jadi pertimbangan ialah pembangunan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di Sri Aman hari ini.

Najib berkata, BN
Sarawak mampu membawa kesinambungan pembangunan luar bandar di negeri kerana ini terbukti melalui pelbagai program pembangunan yang dibawa sejak dulu lagi.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).

Di dalam pilihan raya DUN Sarawak pada 2006, BN Sarawak memenangi 62 kerusi dengan kerusi selebihnya dimenangi oleh calon Bebas, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ada berbincang dengannya mengenai tarikh pilihan raya DUN Sarawak akan datang, Najib secara berseloroh berkata: "Jika saya bincang pun, saya tidak akan beritahu anda."

Mengenai rancangan pengabungan PRS dan SPDP yang pernah disuarakan oleh kedua-dua pemimpin parti komponen BN Sarawak itu sejak 2006 tapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan, Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada BN Sarawak untuk membuat keputusan.

"Apa yang difikirkan sesuai oleh BN Sarawak akan diterima oleh kami (BN) di peringkat pusat," katanya.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN akan mengalami nasib sepertimana pada pilihan raya umum 2008 pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata kenyataan itu cuma retorik politik yang kosong.

"Saya serah kepada rakyat, tidak akan mendabik dada, saya akan tumpu buat kerja bela rakyat Malaysia di mana saja," katanya.

- Bernama

KEBODOHAN PEMBANGKANG

0 comments

Melihat perkembangan dan senario politik tanahair yang saban hari ada ada saja cerita panas dan sensasi, kelihatan minggu ini (sejak 07 November 2009 sehingga kini) dan beberapa minggu sebelumnya, Pakatan Rakyat semakin bergoncang teruk dan kian parah... Nak lingkup sangat-sangat dah depa ni.

Mana tak nya, bermula dari pendapat Nik Aziz untuk minta buat EGM PAS, akhirnya jadi Seminar PAS di Taman Melewar minggu lepas. Diikuti isu penangkapan Dr.Asri Zainul Abidin yang saban hari dipolitikkan. Seterusnya, isu PAS Selangor (Hassan Ali) kena hadap ke Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat dan macam-macam lagi isu yang dihidangkan kepada rakyat Malaysia dalam jangka waktu terdekat sebelum ni.


Pada minggu ini pula, drama politik menampilkan "hero" Melayu Islam dalam PKR si YB ZUL Kulim menghentam kuat rakan separtisannya si YB R.Sivarasa PKR atas dasar-dasar PKR kononnya demi mempertahankan Islam! HAHAHA!


KEBODOHAN NOMBOR 1

Krisisnya berpunca apabila YB Sivarasa dah perli YB Zul dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada YB Zul !!!

YB Zul melenting la ... dan terus buat Sidang Akhbar di Parlimen semalam (10 Nov 2009) dan terus mencabar YB Sivarasa untuk letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan dengan beliau - satu lawan satu.

YB Zul pun dah tahu, PKR bukannya Parti yang ditubuhkan untuk mempertahankan Islam pun!
PKR ditubuhkan untuk apa yer? ... Dulu, khusus untuk KEADILAN KEPADA ANWAR BERAHIm ... Sekarang, sudah ubah sikit KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA. Keadilan yang macam mana pula tu? .... Adil dari segi Bangsanya samarata (Tak ada beza pangkat dan darjat kononnya). Adil juga dari segi Agamanya. Dan Adil dari segenap aspek ... Inilah PKR - Parti Keadilan Rakyat wahai YB Zul oiii ...

Cuma, kalau YB Zul yang buat-buat tak faham ialah parti yang "berselindung dari segi prinsipnya" untuk mempertahankan Agama Islam adalah parti UMNO dan secara tak langsung parti PAS.


SAMA SEKALI TIDAK KEPADA Parti Keadilan Rakyat ! Jauh panggang dari api.

Jadi, kenapa YB Zul & YB Sivarasa bergaduh nie? ... Hmmm, mungkin juga Anwar (Pengarah Drama PKR) yang suruh ... Atau mungkin juga saja-saja depa nak cari pengaruh? ... Atau mungkin saja-saja suka nak bikin heboh? ... Ntah la ... tapi, yang aku pasti, IT'S TOTALLY NO POINT AT ALL.

YB Zul tak payah nak bertekak dengan YB Sivarasa ni atas dasar parti PKR untuk mempertahankan ISLAM. Ianya amat LAWAK.

Memang dah terbukti pun selama ini Anwar tak pernah bagi jaminan untuk PKR akan memperjuangkan / mempertahankan Islam melalui PKR, sebaik atau lebih baik dari UMNO buat selama ni .... Bahkan dengar katanya tidak boleh langsung menyebut (pantang tok nenek PKR) mengatakan PKR AKAN MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM! Memang tak dak dalam kamus PKR la YB Zul oiiiiiiiiiiiii ! .............

Kebodohan yang YB Zul dan YB Sivarasa tunjukkan ni, kalau pada aku sebagai Rakyat Malaysia yang berfikiran logik, ianya hanyalah satu lawak yang sengaja diada-adakan ... Kalau masuk pertandingan Raja Lawak, memang elok bener la bagi kedua-dua YB ni ... mesti jadi juara Raja Lawak punyalah.


KEBODOHAN NOMBOR 2

Bai'ah Menceraikan Isteri oleh para Calon Wakil Rakyat PAS.

Ini lagi satu benda bodoh paling maksima dalam sejarah politik tanahair Malaysia. Institusi kekeluargaan dijahanamkan oleh parti yang kononnya Islamik demi menghalang calon/wakil rakyatnya berpaling tadah. Memang bodoh. Bodoh. Bodoh & Bangang!

Dicelah-celah pembuktian kebodohan tersebut, muncul pulak seorang wira tua namanya Tok Nik Aziz yang menafikan Bai'ah Menceraikan Isteri tersebut wujud dalam PAS. Ini lagi bodoh. tak melampau kalau disebut BODOH + BANGANG + NYANYOK.

Sudahlah begitu, orang yang bertanggungjawab memecahkan rahsia bab Bai'ah Menceraikan Isteri dalam PAS ni, si KHALID SAMAD pun sampai sekarang tidak menafikan perkara tersebut memang berlaku. Maknanya, KHALID SAMAD MEMANG MENGAKU ADA WUJUD BAI'AH, manakala TOK NIK AZIZ MENAFIKAN ADA WUJUD BAI'AH ... Mana satu betoi ? Yang MENGAKU kah? ATAU yang MENAFI kah? ...

Inilah lawak Pakatan pembangkang dalam minggu ni ... InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita akan terus lihat banyak lagi lawak-lawak bodoh yang akan dipertontonkan oleh PR kepada rakyat.

BELAJAR DARI “UNIVERSITI KEHIDUPAN”

0 comments

Berikut saya coretkan mukaddimah daripada buku terbaru saya : Nota Hati seorang lelaki – gugusan kisah tarbiah sanak, suami dan ayah. Saya menyimpan cita-cita agar buku itu dibaca oleh seramai mungkin pembaca. Mudah-mudahan ia dapat dijadikan titian dan titisan dalam laut rasa yang begitu bergelora. Buku ini bukan untuk “saya” tetapi untuk “kita”.  Walaupun buku itu hanya kecil, tetapi cita-cita di sebaliknya besar. Insya-Allah. Ya, Allah permudahkanlah tercapainya harapanku:
Aliran ilmu umpama aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu ilmu, perlu “ditakung” dengan hati yang merendah diri. Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.Ya, begitulah jua adab kita belajar dengan kehidupan ini. Jika merendah diri, kita boleh belajar hampir daripada semua orang, keadaan dan peristiwa. Teringat kata Luqman Al Hakim ketika ditanya bagaimana dia mendapat hikmah? Dia menjawab, “aku belajar hikmah daripada orang yang dungu. Jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukannya.”
Luqman menjadikan si jahil sebagai “guru” yang mengajarnya erti sempadan pada percakapan dan tindakan. Kita bagaimana? Jangan dilupakan petua dalam pembelajaran, bila murid bersedia, guru akan tiba. Maksudnya, bila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul “guru-guru” yang mahu mengajar kita.
Pada kisah-kisah yang saya nukilkan nanti ada pengajaran yang tersurat dan tersirat, insya-Allah. Prinsip dalam penulisan saya mudah sahaja – tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. Perhatikan benar-benar di mana “nilai” didikan (tarbiah) dalam kisah-kisah itu. Padankan segala-galanya dengan kisah-kisah hidup anda sendiri. Bergurulah dengan pengalaman hidup sendiri. Sesetengah ilmu perlu “dirasai” baru boleh difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan. 
Anekdot yang saya paparkan dalam buku ini, adalah gugusan kisah benar yang saya rasai sendiri atau pun apa yang telah saya kongsikan bersama keluarga, teman dan kenalan sepanjang kembara kehidupan sebagai anak, suami dan ayah. Walaupun ada kalanya isi pada anekdot itu saya “lebihkan” atau “kurangkan” atas sebab-sebab tertentu, namun pada hakikatnya pengajaran atau ibrahnya tetap saya kekalkan. Insya-Allah.
Pesan ringkas saya, jangan kesal jika kita tersalah di masa lampau. Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti yang kita masih manusia. Oleh itu, sebaik mendapat pengajaran daripadanya, lupakan dan tumpukan ke masa hadapan. He who does not look ahead remains behind – dia yang tidak memandang ke hadapan akan sentiasa tertinggal di belakang.
Kita tidak boleh “menggergaji habuk kayu” (meminjam istilah Dale Carnargie). Ertinya masa lalu akan terus berlalu. Apa yang penting, gunakan pengajaran masa lampau untuk “mengemas kini” masa kini dan merancang masa depan. Yesterday ended last night! Semalam berakhir malam semalam.
Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran. Justeru, tidak ada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat. Sering diperingatkan, kejayaan hari ini boleh menjadi musuh kepada kejayaan hari esok. Jagalah kebenaran yang kita miliki dengan selalu memohon hidayah dan taufik. Ingat selalu apa yang sering dipesankan oleh ulama yang mempunyai mata hati. Kata mereka, “dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”
Jadilah “wira’ yang tidak didendangkan. Wira yang berbakti tanpa ingin disanjung dan dipuji. Belajarlah “menikmati” keikhlasan dengan rasa ingin membuat kebaikan tanpa dilihat oleh orang lain. Saya catatkan kisah-kisah ini daripada mereka yang tidak pun tahu kisah mereka telah saya tulis. Mereka “menulis” menerusi amalan. Saya hanya menulis melalui perkataan. Ya, orang yang mencipta sejarah, jarang mampu menulis sejarah.
Mereka yang saya paparkan kisah-kisahnya ini hanya manusia biasa tetapi menjadi luar biasa kerana budi, nilai dan akhlak yang tinggi. Mereka punya hati emas yang tidak boleh direbut oleh sesiapa. Kekadang gelanggangnya hanya sekangkang kera, namun peranannya seluas maya pada. Ada kalanya pangkat mereka cuma kuli biasa, namun jasanya mengatasi hartawan, bangsawan dan sarjana.
Jangan dipinggirkan peranan lelaki di samping keluarga dan rumah tangganya. Lelaki sejati dikenali menerusi peranannya sebagai anak, suami dan ayah. Marilah kita sama-sama menyedari bahawa langkah pertama dan utama untuk menyelamatkan kita daripada malapetaka yang paling hebat dan dahsyat (Neraka) ialah dengan menyelamatkan diri dan keluarga. Firman Allah:
“Selamatkanlah diri dan keluargamu daripada api neraka.”

Sebagai anak, ingatlah bahawa reda Allah terletak pada reda kedua ibu-bapa. Sebagai suami sedarlah, sebaik-baik lelaki ialah yang terbaik pergaulan dengan isterinya. Manakala sebagai ayah, hubaya-hubaya atas sabda Rasulullah SAW:
“Seorang anak dilahirkan putih bersih terpulang kepada ibu-ayahnya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Sekadar mengutip butiran hikmah yang pernah diluahkan oleh Mother Teresa ketika ditanya bagaimana hendak mewujudkan dunia yang lebih aman, beliau telah berkata, “pulanglah dan kasihilah keluarga masing-masing. Nescaya dunia ini akan menjadi lebih aman.”
Menerusi buku Nota Hati Seorang Lelaki ini juga saya cuba menyorot “sisi gelap” dari kisah dan peristiwa. Bukan untuk mencela, jauh sekali untuk menghina. Namun, bila ada gelap, barulah terserlah gemerlapan cahaya. Al Quran sendiri memaparkan kisah manusia-manusia durjana sebagai “gandingan” dan “bandingan” manusia-manusia yang mulia.
Begitu Al Quran mendidik, begitu juga kita cuba mencontohi-Nya. Segala-galanya dari perspektif seorang da’ie – yakni melihat sesuatu dalam kerangka seruan dan pendidikan agar manusia lebih dekat dengan Allah dan agama-Nya. Bertanyalah di mana Allah dalam kehidupan seorang lelaki yang bernama anak, suami dan ayah?
Marilah kita belajar di “universiti kehidupan” dengan gugusan kisah dan rencah peristiwa sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah. Kita amat-amati nasihat dari “guru pengalaman” yang bersyarah tanpa suara dan kata. Buku Nota Hati Seorang Lelaki ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba saya ungkapkan bagi pihak anda. Yakni, suara “hati kecil” kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh “hati besar” kita yang ego, bangga dan alpa.

Bacalah… bacalah dengan nama Allah. Rendahkan hati dan diri anda. Pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!

bajet 2011

0 comments

Posted on October 17,

2010, Sunday

BINTULU: Majoriti rakyat dijangka terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya negeri akan datang berikutan Bajet 2011 yang prihatin rakyat dan memberi keutamaan
terhadap pembangunan luar bandar.

Keupayaan kepimpinan kerajaan persekutuan menurut Naib Ketua Pemuda
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dalam memerintah negara akan
membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“ Kita percaya bajet berpandangan jauh dalam merencanakan pembangunan negara yang
dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dinilai rakyat Sarawak
secara positif dan diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada pilihan raya negeri nanti,”
katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya bajet tersebut bukan sekadar ingin meraih sokongan rakyat
— sama ada pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum seperti diuar-uarkan beberapa
pihak.

“ Kita perlu melihat bajet yang lepas, semua bercirikan sikap prihatin dan keikhlasan kerajaan
dalam membangunkan negara tanpa mengabaikan aspek kebajikan masyarakat berada dalam
golongan bawahan,” katanya.

Pandi yang juga ketua Pemuda PBB Jepak berkata, kawasan luar bandar merupakan tumpuan
khusus kerajaan sejak dahulu lagi.

Katanya, tumpuan tersebut adalah untuk memastikan wujud keseimbangan pembangunan
antara bandar dan luar bandar.

Kerajaan menyediakan RM6.9 bilion untuk pelaksanaan kemudahan asas seperti bekalan air,

elektrik dan jalan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
“ Wawasan para pemimpin BN dalam membangunkan negara sebagai sebuah negara maju
dan berpendapatan tinggi akan difahami rakyat di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli-ahli Pemuda PBB agar merebut peluang menerusi
peruntukan RM93 juta khusus untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“ Projek-projek seperti pembinaan lapangan terbang, telekomunikasi dan jalan raya akan
menambah kerancakan ekonomi. Pemuda di wilayah tengah wajar memanfaatkan peluang
ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) Dr Neilson Ilan Mersat menterjemahkan RM93 bilion untuk SCORE sebagai
peruntukan pembangunan di luar bandar.

Neilson, juga pensyarah pengajian politik yang diminta mengulas mengenai kemungkinan
bajet tersebut dirangka untuk meraih populariti BN di kalangan rakyat menjelang pilihan
raya akan datang berkata: “ Jumlah (peruntukan) untuk luar bandar perlu ditambah agar lebih
banyak projek pembinaan kemudahan asas dapat dilaksanakan.”

Banyak isu-isu hangat...

0 comments

baca isu-isu semasa di blog ini.

kuchingitam
Rajahmas
NGUPING TRUS
muda tengah

dan banyak lagi blog2 yg hangat..

PKR...cakap je pandai!!!!

0 comments

Ketika PAU yang lepas, bukan sedikit puak penyokong lebih-lebih lagi PKR kecoh buruk-burukkan UMNO kononnya pemilihan parti mengamalkan politik wang. Begitu juga ketika pilihanraya kecil yang ditandingi UMNO, semuanya mengamalkan politik wang. Itu kata penyokong dan pencacai PKR.

Akhirnya, pekung PKR pun terbuka. Yang dedahkan amalan busuk PKR pulak adalah orang sendiri bukan orang lain, jadi apa yang UMNO pernah kata tentang sifat-sifat kepimpinan parti mereka sebelum ini tidak silap walau sedikitpun...

Dalam pemilihan PKR Pusat kita melihat bermacam jenis perbuatan cantas-mencantas, memfitnah, memburukkan malah bertumbuk sesama sendiri. Saifudin Nasution pula memainkan peranan sebagai spekulator terkemuka dunia dengan mengaitkan UMNO dalam maslah dalaman parti.

Nah! sekarang lihat, siapa lagi gila kerana pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Kalau dah rakan seperti sendiri pun berlaku perbuatan macam ni, fikirkan pula apa yang boleh dibuat pada orang lain?



Artikel daripada laman blog pembangkang;

KONFLIK DALAMAN PKR JEJASKAN KESEPADUAN DALAM PAKATAN RAKYAT

Penulis Tamu - kedahlama,

Konflik dan perebutan jawatan yang berlaku dalam PKR akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat untuk memimpin negara. Tuduh menuduh, kata mengata-mengata, lobi melobi serta hilang keyakinan sesama rakan seperjuangan amat mendukacita. Ia berlaku dalam sebuah parti yang berjuang untuk rakyat dan berkorban untuk rakyat.

Apabila diberi keyakinan oleh rakyat untuk menang dan menjadi parti pemerintah, PKR kini sudah lupa aklan asal usul perjuangannya. Mereka mula menunjukkan perangai lama dalam bekas parti mereka dulu iaitu Barisan Nasional. Perangai buruk dan busuk yang ada dalam UMNO, MIC mula ditonjolkan dalam sebuah parti bernama Parti Keadilan Rakyat. Sungguh menyedihkan. Ia akan merencatkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk memimpin negara dalam PRU-13 nanti.

Semua gelagat dan pertelingkahan serta perangai buruk calon-calon PKR yang bertanding sedang diikuti oleh rakyat pada setiap masa dan ketika. Rata-rata rakyat dan pendundi hari ini sudah mula muak dengan apa yang berlaku dalam PKR. Mereka melihat fenomena ini amat buruk dan teruk, malah lebih teruk daripada apa yang telah berlaku dalam UMNO dan MIC.

Saya amat berkeyakinan, senario yang berlaku dalam PKR ini menunjukkan pemimpin parti itu sudah lupa diri dan perjuangan sebenar. Mereka mula mencari dan melobi untuk kepentingan diri. Dalam hati mereka sudah ada perasaan tidak mempercayai antara satu sama lain. Mereka telah lupa amanah dan mandat yang pengundi berikan. Mereka mula mengejar habuan dunia. Mereka mula gila harta, gila pangkat dan kedudukan.

Apa yang pasti, dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat akan ditolak oleh pengundi dan rakyat Malaysia. Mereka akan memberikan mandat baru kepada UMNO dan Barisan Nasional. Dalam keadaan UMNO dan BN mula membina keyakinan rakyat, PKR asyik bergaduh dan makin hari makin hilang keyakinan rakyat kepada mereka....

Pastinya, PKR akan berkubur selepas PRU-13 nanti jika hati dan perasaan mereka tidak dapat bersatu atas dasar perjuangan ikhlas untuk membela rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat......

PRU13 - Blogger PR tidak yakin PKR berjaya...

0 comments

Keunggulan Pemilihan PKR ternyata hampas..

Sebelum ini UMNO/BN kena teruk dengan macam-macam bentuk serangan politik. Sekarang kita dengar ahli PKR sendiri rosak-merosakkan satu dengan yang lain demi kedudukan dalam parti. Bagaimana mereka menyerang UNMO, begitulah caranya mereka lakukan terhadap mana-mana calon PKR yang bertanding. Itulah namanya bila senjata makan tuan....

sambungan 

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools