Search This Blog

bajet 2011

0 comments

Posted on October 17,

2010, Sunday

BINTULU: Majoriti rakyat dijangka terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya negeri akan datang berikutan Bajet 2011 yang prihatin rakyat dan memberi keutamaan
terhadap pembangunan luar bandar.

Keupayaan kepimpinan kerajaan persekutuan menurut Naib Ketua Pemuda
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dalam memerintah negara akan
membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“ Kita percaya bajet berpandangan jauh dalam merencanakan pembangunan negara yang
dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dinilai rakyat Sarawak
secara positif dan diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada pilihan raya negeri nanti,”
katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya bajet tersebut bukan sekadar ingin meraih sokongan rakyat
— sama ada pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum seperti diuar-uarkan beberapa
pihak.

“ Kita perlu melihat bajet yang lepas, semua bercirikan sikap prihatin dan keikhlasan kerajaan
dalam membangunkan negara tanpa mengabaikan aspek kebajikan masyarakat berada dalam
golongan bawahan,” katanya.

Pandi yang juga ketua Pemuda PBB Jepak berkata, kawasan luar bandar merupakan tumpuan
khusus kerajaan sejak dahulu lagi.

Katanya, tumpuan tersebut adalah untuk memastikan wujud keseimbangan pembangunan
antara bandar dan luar bandar.

Kerajaan menyediakan RM6.9 bilion untuk pelaksanaan kemudahan asas seperti bekalan air,

elektrik dan jalan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
“ Wawasan para pemimpin BN dalam membangunkan negara sebagai sebuah negara maju
dan berpendapatan tinggi akan difahami rakyat di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli-ahli Pemuda PBB agar merebut peluang menerusi
peruntukan RM93 juta khusus untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“ Projek-projek seperti pembinaan lapangan terbang, telekomunikasi dan jalan raya akan
menambah kerancakan ekonomi. Pemuda di wilayah tengah wajar memanfaatkan peluang
ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) Dr Neilson Ilan Mersat menterjemahkan RM93 bilion untuk SCORE sebagai
peruntukan pembangunan di luar bandar.

Neilson, juga pensyarah pengajian politik yang diminta mengulas mengenai kemungkinan
bajet tersebut dirangka untuk meraih populariti BN di kalangan rakyat menjelang pilihan
raya akan datang berkata: “ Jumlah (peruntukan) untuk luar bandar perlu ditambah agar lebih
banyak projek pembinaan kemudahan asas dapat dilaksanakan.”

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools