Search This Blog

Loading...

Pembangkang tak mampu saingi BN di Sarawak

0 comments

Pembangkang tidak dapat memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang kerana sikap pengundi di negeri ini yang mempunyai penilaian berbeza semasa mengundi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yakin keputusan pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan mempengaruhi sentimen atau sokongan pengundi kepada parti komponen BN Sarawak kerana rakyat mengambil kira isu setempat dan bukannya isu nasional semasa memilih calon mereka.

"Mereka (pengundi) lebih tertumpu kepada isu tempatan dan antara jadi pertimbangan ialah pembangunan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di Sri Aman hari ini.

Najib berkata, BN
Sarawak mampu membawa kesinambungan pembangunan luar bandar di negeri kerana ini terbukti melalui pelbagai program pembangunan yang dibawa sejak dulu lagi.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).

Di dalam pilihan raya DUN Sarawak pada 2006, BN Sarawak memenangi 62 kerusi dengan kerusi selebihnya dimenangi oleh calon Bebas, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ada berbincang dengannya mengenai tarikh pilihan raya DUN Sarawak akan datang, Najib secara berseloroh berkata: "Jika saya bincang pun, saya tidak akan beritahu anda."

Mengenai rancangan pengabungan PRS dan SPDP yang pernah disuarakan oleh kedua-dua pemimpin parti komponen BN Sarawak itu sejak 2006 tapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan, Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada BN Sarawak untuk membuat keputusan.

"Apa yang difikirkan sesuai oleh BN Sarawak akan diterima oleh kami (BN) di peringkat pusat," katanya.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN akan mengalami nasib sepertimana pada pilihan raya umum 2008 pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata kenyataan itu cuma retorik politik yang kosong.

"Saya serah kepada rakyat, tidak akan mendabik dada, saya akan tumpu buat kerja bela rakyat Malaysia di mana saja," katanya.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Loading...
There was an error in this gadget

Amazon MP3 Clips

2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools