Search This Blog

Siapakah PENGAYAU dan apakah tujuannya?

8 comments

Tersebar sudah cerita bahawa bloggers-bloggers yang dikaitkan dengan UMB PBB diberi  ganjaran RM5,000.00 sebulan. Kalaulah benar apa yang dikatan si "Pengayau" sangatlah beruntung sesiapa yang menjadi UMB PBB. 

Akan tetapi apa yang kita boleh lihat dimana si "Pengayau" ini amat licik untuk menukar dan mengaburi mata pembaca atau para bloggers untuk memberi perhatian yang sangat terperici kearahnya. Itu merupakan cara yang lapok untuk berbuat demikian. Adakah dia tidak menyedari bahawa timbul namanya pada setiap blog akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap kepada para bloggers?. Adakah PR telah berjaya melatih dan bersedia menurunkan "pemain" pelapis mereka untuk hadir dalam dunia siber ini?

Mereka yang menyokong pengayau khususnya tidak sedar identiti sebenar dan tujuannya. Untuk mendapat perhatian atau untuk merancakkan lagi kehangatan perang siber pada masa ini? Bloggers Pro-Kerajaan memang tidak pernah dibayar oleh mana-mana pertubuhan atau badan-badan kerajaan apatah lagi diberi "UPAH" seperti yang telah dikatan oleh "Pengayau". Seandainya setiap bloggers UMB PBB diberi ganjaran sebegitu rupa, amatlah bertuah kerana dengan keikhlasan untuk menekan setiap huruf dibayar dengan angka yang sangat lumayan. Akan tetapi amat dukacita bahawa kenyataan itu cuma dapat dilihat tetapi tidak dapat dinyatakan kebenarannya kerana memang TIDAK pernah ada walau satu sen pun UMB PBB dibayar untuk menegak serta membongkar kebenaran PR (salah seorang dari ahli UMB PBB adalah kawan rapat saya).

Terutamanya saya sendiri banyak mengikuti perkembangan POLITIK SARAWAK pada masa ini tetapi kebanyakan isu yang dimainkan oleh PR hanya mampu sampai ke lantai sahaja (sampah). Setiap kali isu yang di keluarkan hanyalah berkaitan dengan "TAIB, NCR, siapa pengganti KM dan sebagainya". Kenapa ada kenyataan seumpama ini di keluarkan? memang untuk menarik perhatian para "ANTI-Taib" atau anti-Kerajaan? Sering kali mempersoalkan kepimpinan Pehin Sri Ketua Menteri sehingga terlupa siapa diri mereka sendiri. MP atau ADUN PR hanya membuang masa untuk menjayakan "PERMAINAN" mereka supaya kerajaan di NEGERI yang diperintah BN hancur dan berpecah supaya  mudah dan senang untuk  mereka menawan negeri pimpinan BN satu persatu (Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan).

Pada setiap saat ada sahaja isu yang di timbulkan oleh anti-kerajaan seperti John Brian dan yang seangkatan dengannya. Maklumlah pilihanraya semakin hampir, semua individu mahupun mana-mana parti politik berusaha untuk menimbulkan diri mereka disebut-sebut supaya mudah dikenali. Ini salah satu daripada permainan politik "KUNO". Isu perkauman yang dilemparkan oleh John Brian amat pahit untuk perjuangan selama berpuluh-puluh tahun untuk menyemai ikata persaudaraan pada kaum-kaum yang berlainan. Tidakkah mereka tahu  sukarnya untuk mencapai sesuatu perpaduan sebelum Kemerdekaan lagi? Atau mereka "SANGAT-SANGAT SERTA TERAMAT BODOH" untuk memahami sejarah negara mahupun amnya NEGERI SARAWAK yang tercinta ini.

Masa ini kita lupakan carita Anwar mahupun isu yang berkaitan dengan PR. Walaupun John Brian boleh di katakan sebagai "kuman yang sebesar zarah" tetapi inilah yang akan menjadi masalah kepada pemerintahan kerajaan negeri nanti kerana menjadi tugasnya menghancurkan perpaduan bangsa "Dayak" dengan Melayu. 

P/s: akan bersambung

8 comments:

  1. Anonymous Says:

    bila gk ada sambong...xsabar mok baca gk..best tok ndang mena apa yang ditulis kitak tok...ndang sial la cidak ya..terus tulis cerita kitak kamek sokong

  1. haji amin Says:

    memang bena semua ya koh, kita mesti tauk sapa org nama pengayau ya
    mun boleh kita semua tok ngaja nya gne mok hormat dgn org lain

  1. Penilai Sebuyau Says:

    salam 1Malaysia kita semua diharap dapat bersama-sama kita bersatu dalam menegakkan kebenaran tetapi bukan keADILAN!!!

    1. perlu lihat bagaimana sambutan dan akan berterusan untuk meluahkan kebenaran.

    2. terima kasih haji amin, memang harus kita menanam rasa hormat antara kita tidak kiralah apa pun yang terjadi. tetapi ingat pada sejarah!!

  1. Tun Faisal Ismail bin Aziz Says:

    Sabar, mereka mmg suka membuat fitnah. Teruskan perjuangan dan jgn hilang tumpuan disebabkan fitnah. Yang pastinya, yang dibayar ni sebenarnya penggerak media siber pembangkang. bukan sahaja melalui portal Malaysiakini dan Malaysian Insider, malah kalau ada pertemuan blogger, peralatan blogger PR lah yang canggih2. Hanya yang tidak bijak saja yang bergerak tanpa dibayar. Jangan lupa, Pas sanggup bayar seorang blogger RM 4 juta... tapi apa erti jadi askar upahan yang tiada matlamat perjuangan, melainkan kecintaan kepada kebendaan semata2 :)

  1. Penilai Sebuyau Says:

    Salam Tun Faisal..ya mamg benar kira harus banyak bersabar
    kerana setiap kebenaran akan bersinar suatu hari nanti. Kita boleh lihat
    setiap penipuan PR khususnya PKR, semakin hari semakin banyak penipuan
    Yang mereka lakukan selama ini terbongkar.

  1. bRAVEhEART Says:

    Salam perjuangan,
    Teruskan menulis...sy linkkan blog tuan dari blog saya dn harap tuan juga sama ~ bh

  1. Penilai Sebuyau Says:

    Akan saya lakukan...tq

  1. Penilai Sebuyau Says:

    isu semakin hangat, 3 comment yg terdahulu sudah saya delete kerana terlampau mengapi2kan dan boleh menyebabkan perbalahan kaum!!

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools