Search This Blog

Loading...

Julaihi: Tiada Lagi Jalan Berlopak

1 comments


UNTUK RAKYAT ... Julaihi diberi penjelasan oleh Moliadi (dua dari kanan) mengenai jalan yang akan dinaik taraf sambil diperhatikan oleh beberapa penduduk dan warga SK Tungkah Melayu di Sebuyau, semalam.


SEBUYAU, Rabu ‑ Penduduk Kampung Tungkah Melayu di Sebuyau, menarik nafas lega apabila masalah keadaan jalan berdebu dan berlopak yang dihadapi selama ini berakhir selepas kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM250,000 bagi kerja naik taraf jalan di kampung berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Haji Julaihi Haji Narawi berkata, kerja-kerja menurap jalan kampung dari jalan raya utama itu akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai minggu depan.

"Projek naik taraf jalan Kampung Tungkah Melayu berharga RM250,000 sepanjang 600 meter ini melibatkan kerja-kerja menurap bermula dari simpang jalan raya utama ke tiga buah lorong sehingga ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Tungkah Melayu.

"JKR memaklumkan bahawa projek naik taraf ini akan bermula minggu depan," katanya yang serentak diiringi dengan tepukan gemuruh serta teriakan 'Hidup BN (Barisan Nasional)' oleh penduduk.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan malis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 SK Tungkah Melayu yang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Tungkah Melayu, Ahed Chi, Pengerusi PIBG SK Tungkah Melayu, Saini Madan dan Pegawai Teknikal JKR Bahagian Samarahan, Moliadi Ahmad di Kampung Tungkah Melayu di sini, hari ini.

Julaihi memberitahu, 'berita gembira' projek naik taraf jalan kampung yang telah diluluskan juga dijangka dilaksana serentak mulai minggu depan di Kampung Sampat, manakala di Kampung Sungai Ladong pula kerja-kerja pembesaran jalan sedang giat dilakukan.

"Pembangunan jangka panjang dan berterusan yang dibawa kerajaan BN hari ini ternyata berjaya mengubah lanskap kehidupan masyarakat DUN Sebuyau daripada mundur kepada keadaan yang lebih baik sekarang ini," katanya sambil berpesan supaya rakyat terus teguh menyokong kerajaan.

Beliau yang ditemani Moliadi turut meninjau lokasi jalan sepanjang 340 meter berharga RM140,000 yang akan dinaik taraf di Kampung Sampat, sebaik selesai majlis di SK Tungkah Melayu sebelum bergerak ke satu lagi majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan 2010 di SK Seruyuk.

1 comments:

  1. Badut Rakyat Says:

    salam 1 malaysia...sy telah paut kan blog anda utk blog sy..kalau boleh paut kan blog saya yek utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

    http://badutrakyat.blogspot.com/

Post a Comment

Powered by Blogger.
Loading...
There was an error in this gadget

Amazon MP3 Clips

2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools