Search This Blog

BERITA SEBUYAU

1 comments


SEBUYAU,  - Masyarakat diingat supaya jangan terpengaruh dengan pelbagai janji menarik yang ditawar oleh individu asing yang secara tiba-tiba hadir ke kawasan ketika menjelang musim pilihan raya ini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Haji Julaihi Haji Narawi berkata, mereka (pembangkang) yang hadir lima tahun sekali itu menyimpan niat serong iaitu hanya mahu mempengaruhi masyarakat agar membenci kerajaan. 
"Tiada maknanya kalau berjumpa mohon bantuan kepada mereka yang hanya tiba-tiba menampakkan muka pada waktu ini (menjelang pilihan raya) kerana pembangkang sanggup menjanjjikan bintang dan bulan demi mendapatkan sokongan. 
"Barisan Nasional (BN) adalah jaminan kepada masa depan rakyat negeri dan negara ini, kerana kerajaan hari ini mempunyai rancangan jangka panjang serta sentiasa berjuang untuk rakyat tanpa mengira waktu," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian aktiviti sukaneka anjuran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Hulu Sawmill Sebuyau di sini, hari ini.
Hadir sama, Penyelia KEMAS Batang Lupar, Sharifah Uteh Tengku Haji Da, Pengerusi Tadika KEMAS Kampung Hulu Sawmill, Haji Samad Said dan Penghulu Sebuyau, Haji Adam Nen.
Dalam pada itu, Julaihi menerangkan bahawa kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sejumlah RM60 juta dalam usaha menyelesaikan isu-isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini dalam tempoh dua tahun mulai 2011. 
"Justeru, masyarakat diharap bersabar dan memberi kerjasama kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) apabila kerja-kerja penyukatan tanah dijalankan di kawasan ini kelak," katanya sambil menambah, kerja penyukatan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri ini. 
Majlis sama juga menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM8,000 yang masing-masing disampaikan oleh Julaihi kepada Kelab Simpang Tiga, Kampung Masjid sebanyak RM3,000 dan Jawatankuasa Biro Sebuyau Idol, RM5,000. 
Julaihi turut meluluskan peruntukan masing-masing RM4,000 untuk Kumpulan Hadrah Sinar Murni Kampung Masjid dan Kumpulan Zikir Suara Hati Kampung Masjid, manakala Jawatankuasa Tabika KEMAS Kampung Hulu Sawmill diminta menyerahkan laporan mengenai anggaran kos untuk membina bangunan tambahan di bahagian depan tabika bagi kelulusan tahun depan.

1 comments:

  1. Ikan Trusan Says:

    Kesian penduduk sebuyo..
    menjadi mangsa janji-janji kosong..
    adakah itu benar?
    tanya la kepada penduduk sendiri....akai2

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools