Search This Blog

Loading...

Murtad: PKR diminta nyatakan pendirian

0 comments


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu segera menyatakan pendirian berhubung isu seorang ahli parti itu yang secara terbuka mengaku telah murtad daripada Islam.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kepimpinan parti berkenaan tidak harus berdiam diri kerana isu itu adalah terlalu serius dan mesti ditangani dengan segera.
“Di kalangan kita sudah ada yang murtad dan kita kelihatan terlalu lemah untuk mengambil tindakan yang jelas. Padanlah perpecahan umat Islam semakin serius di negara ini.
“Saya juga ingin tahu apakah pendirian kepimpinan dan ahli Pas yang turut bersama-sama PKR dalam pakatan pembangkang berhubung isu ini. Apakah mereka meredainya?” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Ahli PKR Murtad! dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.
Zulkifli mengulas kenyataan bapa kepada murid berusia 10 tahun, yang mendakwa dirotan pihak sekolah kerana membawa nasi goreng dengan sosej babi ke Sekolah Rendah St. Thomas, Kuching, Sarawak baru-baru ini, bahawa dia bukan lagi beragama Islam.
Nor Azman Abdullah yang membuat pengakuan secara terbuka semalam berkata, dia telah murtad dan menukar nama kepada Beginda Minda sejak 1999.
Beliau pernah bertanding sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum 1999 di kawasan Parlimen Kapit dan calon parti sama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Engkelili pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2001 dengan menggunakan nama Nor Azman Abdullah dalam borang pencalonan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli turut mendesak kerajaan supaya menyiasat bagaimana Nor Azman boleh diberikan MyKad baru pada 2004 dengan nama Beginda Minda bersama catatan tidak beragama.
“Satu siasatan juga perlu dilakukan bagi mengesahkan kesahihan pengakuan Nor Azman ini dan adakah langkahnya untuk murtad mendapat kelulusan daripada mana-mana Mahkamah Syariah,” tegasnya.
“Kita turut ingin tahu apakah langkah kaunseling dan perbincangan yang pernah dibuat ke atas Nor Azman sebelum dan selepas dia murtad,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Loading...
There was an error in this gadget

Amazon MP3 Clips

2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools