Search This Blog

Zahrain: Hilang yakin pada Anwar dan Lim Guan Eng hancurkan PR

0 comments


MP Bayan Baru dan Mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato’ Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan beliau meletakan semua jawatan parti dan keluar dari PKR. Beliau berbuat demikian kerana kecewa akibat kehilangan keyakinan kepercayaan kepada Ketua Pembangkang-tanpa-parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai “Perosak Pakatan Rakyat”.
“Tindakan kerajaan pimpinan YAB Lim Guag Eng membelakangkan prinsip prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semula jadi dalam usaha penyinggiran saya sebagi Pengerusi Island Golf Properties Sdn. Bhd. baru baru ini adalah bukti jelas amalan politik chauvinis, diktatorial dan berfikiran ala kominis. Amalan Lim dan konco konconya  bukan sahaja bersingkap angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan, malahan mereka menyalah gunakan kuasa dn kedudukan mereka untuk kepentingan politik sempit dan agenda jahat mereka”, kenyataan media yang dibacakan Zahrain sendiri.
Kenyataan penuh media Dato Seri’ Zahrain:
 
Beliau juga menegaskan bahwa semua dalam Pulau Pinang terutama orang Melayu “Dianiaya dan ditipu oleh seorang Ketua Menteri yang diktatorial, chauvinis dan ala-kominis. Ini termasuk Pusat Zakat”. Sahabat karib Anwar itu juga mengingatkan pengundi agar “Tidak meletakan terlalu banyak keyakinan dan harapan kepada PR”.
Beliau juga menyifatkan DAP dan Lim Guan Eng secara angkuhnya menyalah gunakan kuasa, untuk kepentingan politik sempit chauvinism semata mata dan tidak langsung menimbang pendapat orang lain. Apabila ditanya apakah keputusan ini pernah dibawa perbincangan melalui mekanism parti dan PKR, Zahrain menjawab “What mechanism?”.
Beliau berjanji akan meneruskan agenda untuk mewakili pengundi Bayan Baru sebagai MP bebas dan menegaskan bahawa keputusan ini tidak melibatkan mana mana parti politik. Beliau yang kecewa dengan kegagalan Anwar melunaskan janji, termasuk “16 September 2008″ adalah bukti beliau tidak wajar bersama PKR lagi.
“Saya telah melakukan apa yang terdaya”, dengan penuh nada kecewa dan pasrah sebagai seorang politikus yang telah ditipu dan perkudakan untuk agenda sempit Anwar dan Lim Guan Eng.
Zahrain dengan jelas rasa bertanggung jawab tidak mahu rakyat Malaysia dibohongi oleh Anwar dengan “Janji janji palsu dan hanyalah rhetorik semata mata” dan “Lim Guan Eng yang Diktatorial, Chauvinis dan ala Komunis”. Beliau juga mengaku bahawa “Saya tidak mahu generasi akan datang mengingat saya sebagai sebahagian dari gerombolan yang merosakan negara”.
Perletakan jawatan ini merupakan YB ke VII PKR yang samada meletakan jawatan atau telah meninggalkan parti yang diujudkan semata mata agenda peribadi Anwar itu.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 Penilai Sebuyau | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools